Paul Scholes langsung tidak gembira dengan Manchester United walaupun mereka menang ke atas Partizan.
Scholes melabel pasukan United sebagai sekumpulan orang tak tak kenal satu sama lain – bermain dalam satu pasukan.
Anthony Martial menjaringkan gol tunggal dan memberikan kemenangan kepada Man United dalam kemenangan mereka di Serbia, sekalugus menamatkan rekod tannpa menang di tempat lawan.
Menurut Scholes, aksi Man United menentang Partizan tidak menunjukkan pasukan itu berubah seperti yang beliau jangkakan.
Scholes menaruh harapan yang tinggi selepas seri 1-1 dengan Liverpool, di mana Ole Gunnar Solskjaer menyatakan adalah perlawanan yang bakal menjadi titik kebangkitan Man United.
Man United United hanya mencatatkan 5 percubaan ke arah gol dan hanya 1 ‘on target’ di dalam perlawanan ini. ‘On target’ tunggal itu adalah menerusi penalti Martial. Dan tiada percubaan tepat menerusi permainan terbuka.
Bercakap kepada BT Sport selepas tamat perlawanan, Scholes berkata: “Saya ingatkan, selepas seri dengan Liverpool, mereka menunjukkan sedikit peningkatan.”
“Namun malangnya, mereka kembali kepada apa yang mereka pamerkan seperti awal musim, dalam perlawanan ini.”
Scholes kemudian menganggap para pemain United seperti kekok bermain dengan satu sama lain.
“Pasukan ini seperti sekumpulan orang saling tak mengenali [strangers] bermain bersama. Seperti mereka langsung tak pernah bermain dengan satu sama lain sebelum ini.”
“Tiada jalinan [link] di antara barisan tengah dengan penyerang. Kekuatan hantaran mereka sangat teruk.”
“Anda perlu menaikkan semangat, dan anda mahu melihat sedikit gaya permainan menarik. Mereka melakukan beberapa gerakan satu dua, kemudian nombor sepuluh dapat bola dan cuba melakukan ‘half turn’, tetapi mereka tidak ada motivasi.”
Scholes juga menyatakan, di bahagian pertahanan, United juga teruk. Seterusnya, hanya Partizan yang bersemangat mahu mendapatkan gol pada separuh masa kedua.
Keseluruhannya, Partizan Belgrade melakukan 15 percubaan ke arah gol. 2 percubaan tepat. Bukti pasukan itu kurang kualiti dari segi percubaan meskipun melakukannya dengan jauh lebih banyak.
“Di barisan pertahanan pun mereka sangat teruk malam ini – pada pandangan saya. Separuh masa kedua, hanya ada satu pasukan yang kelihatan akan skor. Saya tidak nampak benda lain.”
“Sudah banyak perlawanan, mereka akan mendapat bola, namun mereka harus lebih bijak.”
Namun begitu, salah satu perkara yang positif untuk Man uUnited pastinya prestasi Brandon Williams.
Class from start to finish.
Brandon Williams is a deserving #MUFC Man of the Match! 👏 pic.twitter.com/El0zUN1tVb
— Manchester United (@ManUtd) October 24, 2019