Infantino: “Thailand & Vietnam Ada Potensi Masuk Piala Dunia 2026”

Gianni Infantino

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berasakan yang dua jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam mempunyai potensi untuk mara lebih jauh.

Kedua-dua negara itu mempunyai potensi untuk mara lebih jauh dalam bola sepak dengan menyertai kejohanan terulung anjuran FIFA iaitu Piala Dunia.

Sasaran terdekat adalah Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Bercakap selepas menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2022, Infantino berasakan keputusan FIFA meluaskan kejohanan Piala Dunia kepada 48 pasukan membolehkan negara-negara Asia Tenggara untuk layak kejohanan tersebut.

“FIFA amat menyokong pembangunan bakat di seluruh dunia, untuk menyokong generasi pemain yang seterusnya baik perempuan atau pun lelaki dan mencipta platform untuk mereka bertanding di peringkat global.

“Ia terjadi kepada pasukan wanita Vietnam yang bakal menyertai Piala Dunia Wanita 2023 dan dengan Piala Dunia bakal diluaskan kepada 48 pasukan, ianya nyata satu sasaran yang mampu dicapai untuk negara-negara seperti Thailand dan Vietnam.

“Inilah yang bola sepak global yang kita mahu lihat, lelaki, perempuan serta wanita, kelab dan pasukan kebangsaan dari seluruh dunia boleh bersaing di peringkat tertinggi. Itu yang sepatutnya objektif, sasaran kita,” ujar Infantino.

Infantino yang hadir ke Bangkok turut menghadiahkan trofi kejuaraan kepada ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmanthan selepas Gajah Perang menang dengan keputusan agregat 3-2.

Infantino turut dikatakan berminat untuk ‘merestui’ kejohanan Piala AFF dengan mengiktiraf saingan dwi-tahunan itu dengan memasukkannya dalam kalendar FIFA.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN