Infantino Gembira Hamidin Berjaya Jadi Ahli Majlis FIFA

Datuk Hamidin Mohd Amin

Presiden Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), Gianni Infantino begitu gembira dengan kejayaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dilantik sebagai Ahli Majlis FIFA.

Semalam, Hamidin dilantik sebagai Ahli Majlis FIFA sebagai wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ketika Kongres AFC yang ke-33 yang diadakan di Bahrain.

Menurut Infatino, pelantikan Hamidin sebagai Ahli Majlis FIFA adalah satu perkara yang cukup signifikan untuk bola sepak Malaysia.

“Saya sangat gembira yang Datuk Hamidin berjaya memenangi pemilihan untuk menjadi Ahli Majlis FIFA. Ianya sangat penting bagi Malaysia.

“Ianya juga amat penting untuk kita semua untuk bekerja bersama-sama kerana kami juga telah mengenali sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama.

“Saya juga teruja untuk membangunkan dan memajukan bola sepak di seluruh wilayah Asia Tenggara, Asia dan seluruh dunia,” kata Infantino kepada media rasmi FAM.

Hamidin menjadi salah seorang daripada dua wakil Asia Tenggara yang mewakili AFC sebagai Ahli Majlis FIFA.

Beliau dipilih bersama-sama Kohzo Tashima (Jepun), Mariano Araneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa (Bahrain) dan Yasser Almisehal (Arab Saudi).

Kongres AFC ke-33 semalam juga mendedahkan yang Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah Piala Asia 2027.

Ini menjadikan kejohanan terulung Asia itu akan terus kekal diadakan di bumi Arab selepas ianya akan diadakan di Qatar untuk edisi 2023 pada Januari 2024 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN