Ketua Jurulatih skuad Bawah-22 Tahun Indonesia, Indra Sjafri secara terbuka berkata beliau sudah bersedia untuk membimbing skuad utama negaranya.
Indra adalah watak yang amat disanjung di kalangan penyokong bola sepak Indonesia hasil kejayaan membimbing skuad Bawah-22 Tahun negara tersebut.
Mantul, Coach! #TimnasIndonesiahttps://t.co/aUVCJppCjS
— antaranews.com (@antaranews) December 7, 2019
Pada tahun ini misalnya, Indra berjaya membawa pasukan Indonesia muncul juara Kejohanan AFF B-22 di Kemboja, selepas menewaskan Thailand 2-1 di perlawanan akhir.
Terbaru, Indra berjaya membawa Indonesia ke perlawanan akhir Sukan SEA 2019 di Manila selepas menewaskan Myanmar 4-2 di separuh akhir acara bola sepak lelaki.
Indonesia kini perlu menewaskan Vietnam di perlawanan akhir Sukan SEA yang akan berlangsung esok.
Setelah membawa Indonesia lolos ke final #SEAGames2019, Indra Sjafri menegaskan kesiapan membesut timnas senior.
Bagaimana menurut kalian? #timnas #indonesia #indrasjafri pic.twitter.com/GUnsY1H76Y
— Goal Indonesia (@GOAL_ID) December 7, 2019
Sebagai perbandingan pada dua tahun lalu, skuad Indonesia kendalian Luis Milla hanya berjaya membawa pulang pingat gangsa di Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Atas pencapaian tersebut, Indra merasakan dirinya sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar bersama pasukan kebangsaan Indonesia.
“Tulislah di akhbar. Kalau boleh tulis di semua media di Indonesia, Indra Sjadri adalah jurulatih yang mempunyai perancangan yang baik dan kini sudah bersedia bergelar Ketua Jurulatih skuad kebangsaan [Indonesia],” ujar beliau seperti yang dipetik daripada bola.net.
Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) sebelum ini dikatakan telah bertemu dengan Luis Milla dan Shun Tae-yong untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Simon McMenemy.
Timnas Indonesia U-22 menjejak ke final SEA Games 2019. Pelatih Garuda Muda, Indra Sjafri, menyebut pencapaian itu atas izin Allah. https://t.co/IrDEPhA0E2
— detiksport (@detiksport) December 7, 2019
McMenemy dipecat selepas Indonesia gagal mengumpul sebarang mata dalam saingan Kumpulan G, kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Selain daripada Luis Milla dan Shun Tae-yong, PSSI turut dikatakan telah menghubungi legenda bola sepak Belanda, Ruud Gullit untuk mengisi kekosongan tersebut.