Indonesia Teruskan Penganjuran Kelayakan Piala Asia B-17 Tapi Tanpa Penonton

Piala Asia B-17

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengesahkan yang mereka akan mengajurkan kempen kelayakan Piala Asia B-17 tanpa kehadiran penyokong.

Keputusan ini dibuat selepas insiden duka yang melanda Indonesia baru-baru ini apabila lebih daripada 100 penyokong Indonesia terkorban ketika perlawanan melibatkan Arema dan Persebaya Surabaya.

Insiden tersebut yang disebabkan penyebaran gas pemedih mata membuatkan ramai terkorban dan ianya memperoleh liputan meluas ke seluruh dunia.

‘Lebih 120 Kematian’ – Ini Kronologi Penuh Tragedi Berdarah Derbi Jawa Timur

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PSSI di Facebook, keputusan yang diambil oleh mereka adalah untuk menghormati tragedi yang berlaku di Malang tempoh hari.

“Demi keselamatan dan keselesaan bersama serta menghormati dan memuliakan saudara-saudara kita yang sedang bersedih akibat kejadian di Stadium Kanjuruhan, Malang.

“Dengan ini, kelayakan Piala Asia B-17 2023 rasmi akan diadakan tanpa penonton,” kata PSSI.

Menyedari telah ramai yang mendapatkan tiket untuk kejohanan itu, PSSI juga telah membuat keputusan untuk memulangkan semula wang kepada mereka yang telah membeli pas masuk.

“Sistem pemulangan semula akan turut dilakukan bagi mereka yang telah mendapatkan tiket.

“Marilah kita tetap menyokong pasukan B-17 Indonesia dari kaca televisyen,” tambah PSSI lagi.

Indonesia menjadi tuan rumah bagi kelayakan Piala Asia B-17 untuk kumpulan B dengan menyaksikan skuad Malaysia turut bertanding sama.

Selain Indonesia dan Malaysia, Palestin, Guam dan Emiriah Arab Bersatu juga turut menyertai kumpulan ini.

Malaysia telah mengharungi perlawanan pertama dengan menewaskan Palestin 4-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN