Indonesia Tempang Tanpa 2 Pemain Tonggak Untuk Berdepan Tanzania

Indonesia boleh dianggap sangat serius kali ini untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan aksi persahabatan telah pun diatur demi menguji kekuatan semasa mereka.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, Sang Garuda bakal berdepan Tanzania selaku lawan mereka dalam aksi persahabatan sebelum mengharungi kejohanan tersebut.

Walaupun begitu, ada khabar kurang enak untuk kem kebangsaan mereka apabila dua tonggak utama Indonesia dilaporkan tidak dapat bersama bagi mengharungi aksi persahabatan menentang Tanzania.

Kedua pemain tersebut merupakan bintang warisan Sang Garuda iaitu Jay Idzes dan Justin Hubner dan dilaporkan mungkin bersama hanya untuk aksi menentang Iraq.

Aksi yang bakal berlangsung pada 2 Jun di Stadium Madya, Jakarta Pusat itu menyaksikan dua pemain terbabit terlepas aksi menentang Tanzania yang kini berada di ranking ke-119 dunia.

Menurut laporan dikeluarkan Bola.com, Jay Idzes hanya akan menyertai kem latihan kebangsaan mereka pada 5 Jun ini selepas tugasan beliau bersama kelab diwakilinya selesai.

Ketika ini Jay yang mewakili Venezia di Itali bakal beraksi dalam aksi ‘play-off’ bagi melayakkan diri mereka ke saingan Serie A menentang Cremonense pada 31 Mei serta 3 Jun 2024.

Malah Shin Tae-yong selaku pengendali utama Indonesia juga mengakui Jay juga mungkin akan terlepas pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk menentang Iraq di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Manakala Justin Hubner pula dikatakan turut diperlukan khidmatnya oleh Cerezo Osaka untuk aksi berdepan Kyoto Sanga pada 1 Jun ini dalam saingan liga.

“Situasi Jay Idzes ketika ini menyaksikan beliau akan tiba di Indonesia mungkin pada 5 Jun kerana kelabnya bakal beraksi dalam saingan ‘play-off’ untuk membantu mereka mara ke Serie A.

“Disebabkan itu Jay berkemungkinan besar tidak akan beraksi menentang Iraq pada 6 Jun, selain situasi Hubner pula menyaksikan pemain tersebut akan melaporkan dirinya pada 2 Jun selepas aksi di Jepun selesai,” ulas Shin.

Selain menghadapi Tanzania dan Iraq, Sang Garuda turut akan bertemu Filipina bagi aksi kelayakan tersebut untuk peringkat Kumpulan F pada 11 Jun di laman sendiri.

Situasi semasa menyaksikan skuad kendalian Shin hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk melayakkan diri mereka beraksi di pusingan seterusnya serta mendapat slot ke saingan Piala Asia 2027.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN