Indonesia Sasar Suku Akhir Untuk Saingan Piala Asia 2023

Skuad kebangsaan bawah 20 (B-20) Indonesia yang kini sedang rancak dalam persiapan mereka untuk dua kejohanan besar pada tahun hadapan, sedang menjalani kem latihan pusat di Turki sebelum ke Sepanyol.

Berdasarkan persiapan rapi yang sedang dibuat kini, skuad tersebut dilihat mempunyai misi tersendiri untuk tampil lebih baik dalam aksi Piala Asia 2023 serta Piala Dunia yang bakal berlangsung.

Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Indra Sjafri, beliau melaungkan keyakinan pasukan itu mampu untuk melangkah ke pusingan akhir sekurangnya dalam saingan Piala Asia B-20 nanti.

Undian pasukan telah pun dikeluarkan semalam di Tashkent, Uzbekistan untuk mengasingkan setiap pasukan dalam peringkat kumpulan dan ianya dilakukan oleh pihak AFC.

Indonesia telah pun diundi untuk berada dalam Kumpulan A dalam saingan ini untuk bersama tiga lagi negara iaitu tuan rumah, Uzbekistan, Syria, dan Iraq.

Indra Sjafri sebelum itu menjadi individu penting yang membawa skuad Indonesia B-20 untuk melayakkan diri ke pusingan lapan terbaik Piala Asia 2018 sebelum mereka tewas 0-2 di tangan Jepun.

Ketika itu, Indonesia tampil selaku naib juara Kumpulan A setelah berhasil menewaskan UAE dan Chinese Taipei untuk terus melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Walaupun kini bertindak sebagai Pengarah Teknikal untuk PSSI, beliau masih lagi percaya para pemain mampu untuk terus mengulangi kejayaan lalu seperti dibuat dirinya itu.

“Bismillah, dengan hasil undian yang dikeluarkan tadi, Indonesia B-20 akan menghadapi tiga perlawanan,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Selain hanya bertumpukan kepada sasaran mereka kali ini, para pemain muda Indonesia itu juga dinasihatkan oleh Indra Sjafri supaya menganggap saingan tersebut sebagai proses pembelajaran.

Ini kerana, selepas mereka menghadapi saingan Piala Asia tersebut, para pemain bakal menghadapi satu lagi kejohanan lebih besar iaitu aksi Piala Dunia 2023.

“Semoga para pemain dapat menghadapi tiga perlawanan ini di peringkat kumpulan dengan baik untuk menimba pengalaman sebaik mungkin sebelum menghadapi aksi Piala Dunia B-20 2023.

“Kita perlu sama-sama menyuarakan keyakinan agar Indonesia mampu melayakkan diri melepasi peringkat kumpulan sama seperti tahun 2018 lalu,” tambah beliau.

Perlawanan awal Indonesia menyaksikan pasukan tersebut bakal berdepan Iraq terlebih dahulu sebelum menghadapi saingan Syria dan Uzbekistan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN