Indonesia Sah Daftar 65 Pemain Untuk Rebut Kejuaraan Piala AFF

Indonesia tampak sangat serius untuk menghadapi kejohanan Piala AFF musim ini menerusi segala persiapan yang dibuat mereka sebelum saingan bermula.

Tampil selaku finalis pada tahun lalu, Indonesia pastinya ingin mencipta sejarah untuk menjuarainya pada musim ini selepas mereka dikecewakan oleh Thailand edisi sebelum itu.

Terbaharu, pasukan Sang Garuda telah pun mengesahkan diri mereka mendaftarkan 65 pemain untuk mencabar kejuaraan Piala AFF musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Indra Sjafri yang menyatakan 65 pemain telah pun didaftarkan untuk kejohanan tersebut.

Menurut undang-undang kejohanan itu, hanya 23 pemain sahaja akan dibenarkan dan itu termasuklah bersama tiga orang penjaga gol serta tidak dibenarkan sebarang perubahan dibuat.

Piala AFF bakal membuka tirai kejohanan pada 20 Disember ini dan berlangsung sehingga awal Januari tahun hadapan untuk menentukan juara seterusnya selepas Thialand mengesahkan status mereka musim lalu.

“Kami telah mendaftarkan 65 pemain untuk kejohanan tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi,” jelas Indra menerusi CNN Indonesia semalam.

Walaupun begitu, PSSI sehingga kini masih lagi belum menyatakan senarai nama yang dipilih itu kepada media dan akan diumum pada penghujung bulan ini.

Namun, PSSI telah pun menjelaskan dua bintang warisan mereka pada tahun ini iaitu Sandy Walsh dan Jordi Amat turut berada dalam senarai 65 pemain yang dipilih itu.

Walaubagaimana pun, nasib kedua pemain tersebut masih lagi tergantung ketika ini, selepas mereka belum menerima pengesahan daripada negara asal masing-masing untuk urusan terakhir perpindahan.

Jordi Amat setakat ini telah pun beraksi dengan sangat cemerlang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), dan kehadiran tonggak tersebut dalam kem kebangsaan Indonesia pastinya sangat ditagih.

Dua bintang muda Indonesia yang dijangka turut terpilih ialah Muhammad Ferarri dan Marselino Ferdinan, selepas kedua mereka itu mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan sebelum itu.

Persiapan akhir untuk saingan Piala AFF itu akan bermula pada 28 November di Bali sebagai kem latihan pusat dan bakal diketuai Shin Tae-yong di barisan kejurulatihan.

Pada awalnya, kem tersebut dijadualkan pada awal Disember, namun disebabkan beberapa perkara perlu diubah, mereka mempercepatkannya lebih awal pada 28 November ini.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN