Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menafikan khabar angin ketika ini yang menyatakan Sang Garuda bakal mengadakan aksi persahabatan seterusnya bersama Malaysia.
Erick Thohir Bantah Rumor Indonesia vs Korea Selatan dan Malaysiahttps://t.co/XkkyelzgX5
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) June 23, 2023
Sebelum itu, tular di media sosial tentang aksi persahabatan seterusnya yang bakal diharungi oleh Indonesia dengan nama Malaysia serta Korea Selatan bakal menjadi lawan mewreka pada bulan September.
Namun, Erick tampil membuat penjelasan untuk menafikan perkara tersebut sambil menyatakan ianya sesuatu sukar untuk menghadapi pasukan sehebat Korea Selatan sebagai negara lawan bagi siri persahabatan.
“Apa yang saya boleh pastikan ialah September nanti Indonesia bakal mendapat lawan untuk aksi persahabatan sebagai medan persiapan pasukan.
“Tetapi kalau anda bercakap tentang Korea Selatan ianya merupakan sesuatu tidak benar kerana mereka juga mempunyai kalendar tersendiri untuk menghadapi aksi antarabangsa.
“Tambahan pula, kalau kita menentang Jepun atau Korea Selatan bila kita akan mendapat mata untuk memperbaiki ranking semasa Sang Garuda?
“PSSI mempunyai tugasan untuk memperbaiki kedudukan 149 dunia kepada 100 dalam masa beberapa tahun ini,” jelas Erick yang menafikan khabar angin tersebut menerusi CNN Indonesia.
Keputusan Masa Penuh
Piala Suzuki AFF 2020 | 19 Disember 2021
MALAYSIA 🇲🇾 1-4 🇮🇩 INDONESIA
⚽️ Kogileswaran Raj 13'
⚽️ Irfan Jaya 36' 43' Pratama Arhan 50' Elkan Baggott 82'#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvIDN #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/fvIwDvTN84— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 19, 2021
Mengenai aksi pertemuan bersama Harimau Malaya pula, Erick menafikan PSSI sudah pun mencipta kesepakatan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada bulan September ini untuk perlawanan persahabatan.
Malah, Erick juga menyatakan Malaysia sudah pun mempunyai perancangan rapi untuk ke Beijing, China bagi menghadapi aksi persahabatan di sana mengikut kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Kalau menentang Malaysia saya memang bersedia untuk menghadapinya, bila lagi kami akan bertemu mereka?
“Tetapi saya dimaklumkan Malaysia akan menghadapi siri perlawanan di China atas tiket undangan pada bulan September ini dan ianya tidak akan dapat berlaku,” tambah Erick lagi.
Terdahulu, Indonesia berjaya mencipta sejarah tersendiri untuk bertemu juara Piala Dunia musim lalu sebagai lawan mereka untuk siri persahabatan mengikut kalenda rasmi FIFA iaitu Argentina.
Pada perlawanan tersebut Indonesia ditewaskan oleh Argentina menerusi keputusan penuh 0-2 dan ramai para penyokong Sang Garuda berharap lebih banyak aksi persahabatan berlaku selepas kni dengan membabitkan negara besar.