Indonesia Lancar Jersi Baharu Serba Hitam, Bawa Semangat Maritim

Indonesia tampak semakin serius mahu menaikkan imej mereka dalam bola sepak apabila terbaharu mereka telah memperkenalkan pula jersi ketiga dengan warna lebih eksklusif.

Semalam, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah pun melancarkan jersi ketiga mereka yang terbaharu dengan tampil serba hitam, selain penjaga gol turut tampil dengan imej baru.

Jersi ketiga tersebut dilihat lari daripada kebiasaan mereka yang sebelum ini hadir dengan warna merah dan putih serta sudah pun menjadi tradisi Indonesia sejak sekian lama.

Pelancaran jersi itu telah pun dipamerkan di laman Facebook serta Instagram rasmi PSSI untuk ditonton oleh para penyokong dengan menjadikan pertahanan Indonesia iaitu Yanto Basna serta penjaga gol muda mereka, Cahya Supriyadi sebagai model.

Menerusi kenyataan PSSI, jersi ketiga ini diperkenalkan sebagai alternatif buat pasukan kebangsaan yang boleh digunakan dalam pelbagai kejohanan disertai mereka pada masa akan datang.

“Ianya pakaian alternatif untuk pelbagai situasi. Jersi ketiga diperkenalkan untuk digunakan para pemain skuad kebangsaan selain jersi ‘home’ dan ‘away’, jelas kenyataan tersebut menerusi Instagram PSSI.

Untuk jersi ketiga ini, mereka mengenakan warna hitam sepenuhnya dari baju sehingga seluar yang dilihat sangat eksklusif.

Manakala untuk penjaga gol pula, pakaian dikenakan untuk jersi ketiga ini berwarna ungu sepenuhnya dengan logo PSSI terletak di tengah.

Kredit foto: PSSI

Pada masa sama, PSSI juga menjelaskan jersi ketiga ini sesuai dipakai ketika aktiviti di atas padang atau secara kasual.

“Jersi ini juga direka agar bersesuaian untuk aktiviti sukan dan riadah selain boleh dipakai secara kasual walau berada di luar,” terang PSSI dengan lebih lanjut.

Makna di sebalik rekaan jersi ketiga ini pula berpaksikan kepada semangat pasukan maritim mereka berdasarkan corak-corak yang tertera.

“Menerusi inspirasi semangat maritim yang dipamerkan sebelum ini, kami mengenakan corak seakan ombak pada jersi ketiga ini.

“Semoga semangat tersebut juga bakal diserap oleh para pemain untuk tampil dengsn lebih kejayaan buat bola sepak Indonesia,” ulas PSSI lagi.

Menerusi pengenalan jersi ketiga tersebut, maka lengkap sudah kesemua jersi Indonesia pada edisi kali ini dengan sebelum itu jersi ‘home’ mereka tampil dengan serba merah, manakala jersi ‘away’ pula hadir dengan pengenalan warna serba merah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN