“Indonesia Hanya Mampu Bermain 60 Minit” – Park Hang-seo

Vietnam menang mudah 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA pada malam tadi.

Kesemua gol oleh tuan rumah dihasilkan pada babak kedua perlawanan. Walaupun mendominasi perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Indonesia, skuad kendalian Park Hang-seo itu hanya mampu memecah kebuntuan pada minit ke-58 perlawanan melalui kuisan Nguyen Tien Linh.

Kemenangan mudah

Perlawanan kemudiannya menjadi mudah buat Vietnam apabila juara bertahan pingat emas di temasya dwi tahunan itu menambah dua lagi jaringan melalui Do Hung Dung dan Le Van Do.

Sedikit tactical tweaks turut membantu Park Hang-seo dan barisan anak buahnya mengumpul 3 mata pertama di temasya kali ini – melawan lawan yang dianggap paling sukar dalam Kumpulan A.

“Sebenarnya selepas minit ke-60 saya menyedari kecergasan pemain lawan mulai menurun. Pasukan Vietnam pula bermain baik sejak dari babak pertama perlawanan.

“Ketika perlawanan berlangsung saya mengingatkan pemain untuk mengekalkan fokus [dan momentum] perlawanan,” kata Park Hang-seo dalam sidang media selepas perlawanan.

Perubahan taktikal turut membantu

Turut mengelirukan barisan pemain Indonesia pada babak kedua perlawanan adalah perubahan posisi beberapa pemain utama yang dilakukan oleh Park Hang-seo.

Menjelaskan perubahan yang dilakukannya, jurulatih daripada Korea Selatan itu berkata:

“Mengenai perubahan taktik, saya menukar Van Tung kerana beliau masih kurang pengalaman walaupun beraksi dengan baik sekali.

“Van Xuan pula lebih kerap menjalani latihan sebagai pemain sayap kiri. Namun dalam sesi latihan saya juga menyedari beliau bermain baik sebagai pemain sayap kanan.

“Jadi saya mengubah posisi Van Xuan dan Lee Van Do. Akhirnya ia membuahkan hasil,” jelas pakar taktikal dari Korea Selatan itu.

Park Hang-seo dan Shin Tae-yong

Selain dianggap sebagai dua pasukan terbaik di dalam Kumpulan A, pertemuan di antara Indonesia dan Vietnam juga menjadi tumpuan kerana ia turut mempertemukan dua pengendali dari Korea Selatan.

Malah pertembungan kedua-dua jurulatih bersama pasukan masing-masing di temasya kali ini turut mendapat liputan media Korea Selatan.

Perlawanan pada malam tadi adalah pertemuan ketiga di antara kedua-dua jurulatih, dan sehingga kini Shin Tae-yong masih gagal menewaskan Park Hang-seo.

Pertemuan pertama membabitkan Indonesia dan Vietnam yang dikendalikan kedua-dua jurulatih dari Korea Selatan itu menyaksikan Vietnam menang 4-0 ke atas Indonesia di pusingan kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF pada Disember tahun lalu.

Park Hang-seo boleh bermegah apabila sekali lagi berjaya menewaskan rakan sejawatnya di Indonesia sekali lagi kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN