Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Meskipun sukan lain sering diberikan fokus oleh peminat dunia, sukan bola sepak tetap meriah seperti pertandingan lain.
Edisi 2020 menyaksikan Tokyo, Jepun dipilih sebagai hos. Kemudiannya, Paris, Perancis menjadi tuan rumah bagi temasya 2024.
Bandar raya Los Angeles di Amerika Syarikat pula menjadi tuan rumah untuk temasya 2028.
Indonesia?
Diberitakan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Jawatankuasa Olimpik Indonesia telah menghantar surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Muddai Madang menyatakan Indonesia bersedia menjadi hos temasya sukan terbesar di dunia itu. Beliau juga memohon sokongan daripada warganegara Indonesia dan komuniti antarabangsa.
Kejayaan Indonesia menjadi tuan rumah Sukan Asia pada tahun lalu telah mendorong faktor mereka untuk membida Sukan Olimpik Musim Panas. Ia merupakan temasya ke-32 setelah kali pertama dianjurkan pada tahun 1986 di Athens, Greece.
Sekiranya negara Garuda ini terpilih, mereka akan menjadi negara Asia keempat berjaya menjadi hos Sukan Olimpik. Jepun dua kali menganjurkannya pada 1964 dan 2020.
Bandar raya Seoul, Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi 1988. Manakala Beijing, China menjadi hos pada 2008.
Persediaan
Ada baiknya juga pilihan diberikan kepada Indonesia. Selaku jiran serantau, Malaysia boleh memanfaatkan ruang dengan merebut slot kelayakan bagi temasya ini.
Malah, acara bola sepak boleh menjadi sasaran utama untuk layak. Tidak boleh dibayangkan betapa meriahnya acara bola sepak sekiranya Malaysia layak dan Indonesia menjadi hos.
Nampaknya, Indonesia pun terpaksa menyediakan beberapa buah stadium untuk acara bola sepak.
Dikhabarkan bidaan Indonesia itu akan dicabar oleh India.Korea Selatan dan Korea Utara juga dilaporkan akan bergabung untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032.
Pengumuman rasmi pemilihan tuan rumah temasya itu dijangka akan dibuat pada 2025.