Indonesia Diberi Nasihat Fokus Aspek Serangan Untuk Berdepan Argentina

Aksi persahabatan membabitkanIndonesia menentang Palestin sudah pun tamat dengan masing-masing sekadar terikat seri tanpa sebarang jaringan terhasil selepas 90 minit aksi berlangsung.

Selain Palestin, Sang Garuda juga bakal menghadapi juara Piala Dunia musim lalu iaitu Argentina pada 19 Jun ini di Jakarta untuk melakar satu lagi sejarah baharu dalam dunia bola sepak negara tersebut.

Untuk aksi berdepan Argentina ini, pastinya pengendali utama Indonesia iaitu Shin Tae-yong bakal mencipta satu lagi strategi baharu untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa amukan lawan yang terkenal dengan corak serangan berbahaya.

Malah, aksi persahabatan ketika bertemu Palestin sebelum ini juga pastinya sudah memberi banyak ruang buat pengendali tersebut untuk mengenal pasti setiap kelemahan dimiliki oleh Indonesia.

Walaupun terikat seri ketika bertemu Palestin, skuad kendalian Shin tampil dengan sangat menyerlah untuk menguasai permainan serta mencipta banyak peluang berbahaya di hadapan gol.

Cuma aspek ketumpulan serta kreativiti di posisi serangan itu yang menjadi penghalang untuk Indonesia memperoleh gol yang dinantikan oleh semua penyokong Sang Garuda.

Bagi aksi seterusnya berdepan Argentina, Sang Garuda dinasihatkan supaya memperbaiki aspek serangan mereka untuk tampil lebih tajam berbanding ketika menentang Palestin.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh legenda bola sepak mereka iaitu Asep Sumantri dengan menuntut para pemain Indonesia tampil lebih sabar di hadapan gol.

Malah, beliau juga memuji secara keseluruhan skuad kebangsaan itu yang tampil dengan corak permainan lebih terbuka untuk menguasai segenap posisi berbanding Palestin.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Yang perlu diperbaiki ketika ini buat Indonesia hanyalah aspek penyudah sahaja. Itu dapat dibuktikan ketika mereka mempersiakan banyak peluang di hadapan gawang lawan.

“Ianya akan berubah jika para pemain serangan Indonesia lebih sabar dan melihat situasi pasukan lawan terlebih dahulu untuk mendapatkan gol buat kita semua.

“Itu merupakan aspek yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Indonesia iaitu Shin dan sudah tentu beliau sendiri mengetahui apa perlu dibuat untuk berdepan Argentina.

“Apapun, secara keseluruhan Indonesia beraksi dengan sangat bagus, terutama sekali dalam aspek kerjasama secara berpasukan sepanjang aksi berlangsung,” jelas Asep menerusi Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN