Indonesia Bakal Uji Kekuatan Jepun Sebagai Medan Persiapan Ke Piala Dunia?

Skuad kebangsaan Indonesia bawah 20 (B-20) yang sibuk membuat persiapan mereka di Turki kini, dijangka berpeluang untuk menghadapi satu aksi persahabatan bersama Jepun.

Aksi tersebut dijangka berlangsung di Sepanyol kerana Indonesia bakal menjalani latihan pusat di sana, setelah mereka selesai menghadapi beberapa perlawanan ujian bersama beberapa pasukan tempatan Turki, termasuk negara Moldova.

https://twitter.com/wartacerdikindo/status/1588917470907469825?s=46&t=42MOYyJoDUlixZoyeGstZA

Walaupun begitu, sehingga kini Indonesia masih lagi berada di Turki disebabkan masalah visa yang menghadapi pasukan tersebut sebelum bergerak ke Sepanyol.

Menurut Bola.com, Jepun bawah 18 (B-18) juga bakal menghadapi beberapa aksi persahabatan di sana bersama beberapa pasukan tempatan, seperti Algeciras CF dan Belgium bawah 18 (B-18) selain Indonesia.

Namun, peluang untuk Indonesia menguji Jepun mungkin sedikit sukar kini, apabila mereka masih belum dapat menyelesaikan isu visa di Turki sehingga kini.

Sepatutnya, Indonesia telah pun berlepas ke Malaga, Sepanyol untuk menjalani kem latihan di sana lebih awal iaitu pada 5 November berdasarkan maklumat disampaikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Mereka telah pun membuat kem latihan pusat di Turki sejak 16 Oktober lalu selain menghadapi empat perlawanan persahabatan untuk Shin Tae-yong menguji kekuatan anak-anak buahnya.

Disebabkan masalah visa yang berlaku itu, mereka akan terus kekal menjalani latihan di Turki sehingga 15 November ini.

Pembantu jurulatih Indonesia B-20, Nova Arianto menyatakan mereka akan terus berlepas ke Sepanyol sebaik sahaja masalah visa itu selesai di Turki.

“Pelan terbaharu, kami akan kekal di Turki sehingga masalah visa yang menyebabkan kami untuk bergerak ke Sepanyol menjadi sukar.

“Setelah perkara tersebut diatasi, kami akan bergerak secepat mungkin ke Sepanyol untuk menjalani kem latihan pusat di sana,” jelas Nova Arianto.

Masalah utama kini, kemungkinan untuk mereka bertemu Jepun mungkin agak sukar kerana masalah jadual yang berlaku membabitkan kedua pasukan tersebut yang agak padat.

Terbaharu, skuad kendalian Tae-yong telah pun mencatat keputusan seri ketika bertemu buat kali bersama Moldova B-20, dan kini mereka hanya menjalani latihan sementara menunggu pelepasan ke Sepanyol.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN