Semalam, India secara rasminya menarik diri untuk membida selaku tuan rumah bagi menganjurkan saingan Piala Asia 2027 dan ianya disahkan sendiri menerusi Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
Perkara tersebut juga telah diakui oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mereka mendapat keputusan yang dibuat daripada India mengenai penarikan diri itu.
Saudi Arabia is set to host the 2027 Asian Cup after India withdrew its bid.
The Asian Football Confederation issued a statement Monday saying the All Indian Football Federation had withdrawn from the host selection process. No reason was published. pic.twitter.com/BcUhrrS2tX— Mashriq TV News Official (@mashriqtv) December 6, 2022
Jelas AIFF, fokus utama mereka kini adakah untuk membina struktur bola sepak dengan lebih baik dahulu sebelum kembali memikirkan hal penganjuran temasya-temasya besar seperti Piala Asia dan sebagainya.
“Fokus semasa kami adalah untuk membina asas struktur bola sepak yang betul sebelum memikirkan untuk menganjur acara yang lebih besar seperti Piala Asia.
“Sebelum ini, India sentiasa menjadi tuan rumah yang hebat dan cekap untuk kejohanan besar dan perkara ini telah dibuktikan ketika kami menganjurkan Piala Dunia Wanita bawah 17 (B-17) yang berakhir dengan baik.
“Walaubagaimana pun, pihak kerajaan telah memutuskan untuk strategi ketika ini kami perlu memberi tumpuan pada matlamat asas bagi memperkukuhkan sistem bola sepak di setiap peringkat terutama proses akar umbi,” jelas Presiden AIFF iaitu Kalyan Chaubey menerusi The Bridge.
AFC sebelum itu telah pun membuat senarai pendek nama-nama negara yang membida untuk menganjurkan Piala Asia 2027, dengan mengesahkan India dan Arab Saudi bersaing untuk menjadi tuan rumah.
Saudi Arabia to host Asian Cup 2027. pic.twitter.com/fwmg6nj7cw
— Uri Levy (@Levyninho) December 5, 2022
Dan keputusan akhir sebenarnya akan dibuat pada Februari tahun hadapan untuk mengesahkan negara mana yang akan menganjurkan temasya berprestij tersebut.
Disebabkan India menarik diri, maka hanya Arab Saudi sahaja menjadi wakil untuk menganjurkan acara tersebut yang sudah pun memasuki edisi ke-19 pada tahun 2027.
China pada asalnya dipilih selaku hos untuk kejuaraan Piala Asia 2027, namun disebabkan mereka telah menarik diri menyebabkan AFC perlu mencari tuan rumah baharu dan India bersama Arab Saudi tampil membidanya.
Jika India mengesahkan diri mereka selaku penganjur, maka ini akan menjadi detik bersejarah buat mereka kerana pertama kali menjadi hos Piala Asia sejak mula diperkenalkan.
Kali terakhir saingan tersebut berlangsung pada tahun 2019 dan diadakan di UAE dengan India menjadi antara negara yang pulang lebih awal selepas terkandas di peringkat kumpulan.
Untuk rekod, Jepun menjadi negara paling cemerlang dalam kejohanan tersebut selepas muncul juara sebanyak empat kali dan diikuti Arab Saudi dan Iran yang mendakap piala tersebut sebanyak tiga kali.