‘Indah Khabar Dari Rupa’ – Pemain-Pemain Kedah Bersuara Mengenai Tunggakan Gaji

Amirul Anuar Aris Kedah Tunggakan gaji

Apa yang mampu dikata? Kedah terus dihantui masalah tunggakan gaji walaupun dikhabarkan akan diselesaikan sebelum Aidilfitri. Namun, hari ini adalah hari raya.

Selepas reda situasi politik di Kedah dengan pelantikan Menteri Besar baharu pada Ahad lalu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA), Asmirul Anuar Aris pada Isnin telah memaklumkan yang kemelut itu akan berakhir.

Menurutnya yang turut terpaksa melepaskan jawatan selaku Setiausaha Kehormat KFA, sejumlah RM1.5 juta telah diluluskan oleh Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan sebelum itu sejumlah RM500 ribu juga telah diserahkan kepada pihak KFA.

Pembayaran RM2 juta itu adalah bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang membelenggu skuad Kedah itu yang dikatakan telah bermula sejak Februari.

Namun, indah khabar dari rupa, pembayaran tersebut nampaknya tidak diterima oleh pemain-pemain dan pengurusan Kedah. Sehingga semalam, sebahagian besar pemain dilihat mula hilang sabar dengan membuat posting sinis mengenai situasi mereka.

Menggunakan platform Instagram, beberapa pemain dilihat membuat posting sinis terhadap janji Setiausaha Kehormat KFA yang segalanya akan berakhir sebelum Aidilfitri, namun ianya tidak berlaku sehingga sehari sebelum raya, semalam.

Antara yang dilihat memuat naik posting tersebut semalam adalah pertahanan kental dari Singapura, Shakir Hamzah dengan kata-kata; “Indah khabar dari rupa. Stress level.”

“Macam kita ni baju je dilipat lipat ye,” tulis pemain sayap menyerang, Hadin Azman di Instagramnya yang memberi gambaran mereka telah ditipu oleh perkhabaran tersebut.

Diharapkan pihak KFA akan memberikan respon segera mengenai situasi ini yang dilihat semakin menjejaskan para pemain dan pengurusan pasukan Kedah. Ke mana RM2 juta yang dikatakan sudah diluluskan untuk selesaikan tunggakan gaji?

KREDIT FEATURED IMAGE: FB YB ASMIRUL ANUAR ARIS

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN