Impian Wan Zack Untuk Menyarung Jersi Gergasi Merah Akhirnya Tercapai

Bekas pemain skuad Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Noor, diumumkan sah sertai pasukan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang lebih mencabar pada musim depan.

Pemain yang berusia 27 tahun ini mengakui bangga dapat menyertai pasukan gergasi bola sepak tanah air itu dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Selangor.

“Saya berbangga kerana dapat menyertai Selangor. Saya mahu cuba memberikan yang terbaik bagi musim depan dan bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” katanya kepada Stadium Astro.

Meskipun dilahirkan di Pahang, Wan Zack bermula sebagai pemain Piala Presiden bagi Kuala Lumpur pada tahun 2005. Dan, walaupun KL pada masa itu tidak layak ke peringkat akhir, tetapi Wan Zack merangkul Kasut Emas Kejohanan dengan 11 gol pada usia 14 tahun.

Bakat beliau kemudian telah menarik perhatian Reduan Abdullah yang masa itu mula membina skuad Felda United pada tahun pertama kelahiran kelab tersebut. Dalam usia 17 tahun, Wan Zack tampil untuk skuad utama Felda United dalam 6 perlawanan dan telah menjaringkan 2 gol sebelum beliau berhijrah menyertai skuad kendalian Ong Kim Swee, iaitu Harimau Muda.

Wan Zack bersama dengan skuad Harimau Muda telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana 2009 sebelum mereka dipisahkan kepada dua pasukan. Wan Zack telah dipilih menyertai pasukan A Harimau Muda, dan di bawah kendalian Azraai Khor, mereka telah menjalani latihan selama 8 bulan di Slovakia.

Wan Zack Haikal ketika beraksi dengan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu.

Beliau kemudian pernah beraksi untuk beberapa pasukan di liga luar negara sebelum kembali menyertai Kelantan FA dan seterusnya kembali ke Felda United untuk terus mewarnai dunia bola sepak tempatan.

Selain Wan Zack, Selangor turut diperkuatkan dengan beberapa lagi pemain, antaranya Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan serta penjaga gol, Farizal Harun.

“Kami sebagai pemain harus memberikan yang terbaik dalam sesi latihan. Saya berasakan Selangor memiliki barisan pemain muda yang berkualiti dan ia membantu persiapan jurulatih.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN