Impian Piala Dunia 2022 Buat Pogba Kini Berakhir

Peluang untuk pemain Perancis, Paul Pogba beraksi di Qatar untuk saingan Piala Dunia 2022 kelihatan akan berakhir kerana faktor kecederaan dialaminya.

Sebelum ini, Pogba dikatakan berpotensi untuk melupakan Piala Dunia 2022 selepas dilaporkan mengalami kecederaan di sebelum beliau mula beraksi untuk Juventus lagi.

Paul Pogba Mungkin Perlu Ucap Selamat Tinggal Kepada Piala Dunia 2022

Menurut pengendali Juventus, Max Allegri, kecederaan di bahagian lutut yang dialami Pogba tidak akan pulih dalam masa yang singkat.

Malah, pengurus berbangsa Itali itu juga berkata yang pasukannya sendiri tidak mengharapkan Pogba akan kembali ke pangkuan Juventus sekurang-kurangnya pada Januari 2023.

“Pagi ini dia berlatih untuk kali kedua tetapi kemudiannya terhenti dan kami membuat keputusan untuk mengarahkannya menjalani pembedahan.

“Secara realitisiknya, kami akan dapat khidmatnya semula pada Januari,” jelas Allegri menerusi Reuters.

Allegri menyedari yang Pogba ada misi tersendiri pada musim ini iaitu mahu menyertai Piala Dunia bersama-sama Perancis.

Tetapi, itu bukanlah masalah Juventus.

“Piala Dunia bukanlah masalah saya, masalah yang dialami Juventus adalah dia hanya akan kembali pada Januari.”

Pogba berpindah dari Manchester United ke Juventus dengan misi untuk mencari minit permainan dan mahu keluar dari persekitaran “toksik” yang dialaminya.

Namun apabila kembali semula ke Juventus, beliau diuji dengan kecederaan yang membataskan peluangnya untuk kembali menyinar dan mewakili skuad kebangsaan.

Pogba kini sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN