Impak Perubahan Jumlah Pasukan Dan Syarat Penganjuran Piala Dunia Di Masa Hadapan

Penulis sebenarnya beruntung kerana sempat menonton perlawanan Piala Dunia di kaca TV. Pada ketika itu, Korea Selatan (a.k.a Republik Korea) dan Jepun menjadi hos pada tahun 2002.

Tetapi, tatkala FIFA mula lunak dengan memberikan peluang penganjuran Piala Dunia kepada lebih daripada satu negara, apakah akan terjadi dengan nilai Piala Dunia tersebut?

Piala Dunia 2030

Sebelum ini kami pernah memuatkan laporan calon-calon hos Piala Dunia 2030. Harus diingat bahawa Piala Dunia 2030 merupakan kejohanan kedua yang menyaksikan 48 pasukan akan bertanding.

Negara Manakah Yang Bakal Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia 2030?

Piala Dunia 2026 yang dianjurkan oleh 3 negara Amerika Utara telah memberi satu isyarat tidak langsung. Isyarat yang dimaksudkan iaitu Piala Dunia selepas 2026 ini tidak boleh dianjurkan oleh satu negara.

Satu hipotesis ringkas, semakin banyak pasukan bertanding, semakin banyak perlawanan dan semakin banyak fasiliti berkaitan mesti disediakan. Satu negara tidak akan mampu menganjurkan sendirian.

Fasiliti yang dimaksudkan bukan terhad kepada skuad yang bertanding sahaja. Tetapi lebih daripada itu.

Antaranya, media dan peminat yang menjadi nadi penting kepada kemeriahan Piala Dunia. Kemudahan penginapan dan kenderaan menjadi faktor penting FIFA menilai negara manakah yang layak untuk menjadi hos kejohanan ini.

Keselamatan turut menjadi agenda utama semasa Piala Dunia. Dari anak kecil sehingga pemimpin negara, prosedur operasi mesti disediakan demi kelancaran acara.

Sistem giliran

New Zealand pernah menjadi hos Piala Dunia peringkat belia beberapa kali. Sumber: FIFA.

FIFA mesti bertegas dalam bab penganjuran Piala Dunia. Setakat hari ini, negara Afrika hanya sekali menjadi hos. Oceania jauh sekali nak menjadi hos.

Pada hemat penulis, Australia dan New Zealand wajar diberikan peluang menjadi hos bersama Piala Dunia pada masa hadapan. Konsep penggiliran mengikut konfederasi mesti dikekalkan sampai bila-bila selagi matahari dan bulan masih ada.

Selain itu, angka 48 pasukan itu merupakan angka paling maksimum dan optimum untuk Piala Dunia. Penulis pernah membayangkan Piala Dunia disertai 64 pasukan, sayangnya ia cukup haru biru keadaannya.

Apa kesan sampingan selepas ini?

CAF mula mengikuti UEFA dan AFC dengan rombak format kejohanan peringkat konfederasi.

Setiap polisi diperkenalkan FIFA memang akan ada kesan sampingan. Termasuk jugalah pengenalan Piala Dunia yang menyaksikan 48 pasukan.

Naluri penulis tidak menolak kemungkinan akan ada perubahan ketara dalam pertandingan bola sepak antarabangsa. Paling jelas apabila EURO sudah mula menggunakan format 24 pasukan.

Kemudian Piala Asia dan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) turut menggunakan langkah sama. Piala Emas CONCACAF yang dahulunya dipertandingkan untuk 12 pasukan, kini meningkat kepada 16 pasukan mulai 2019.

Kejohanan belia anjuran FIFA seperti Piala Dunia Bawah-20 dan Bawah-17 masih menggunakan format 24 pasukan. Mungkin FIFA akan menaikkan angka tersebut kepada 32 pasukan pada masa hadapan.

Piala Dunia Wanita FIFA turut berpotensi untuk dinaikkan slot peserta daripada 24 kepada 32. Cuma adakah FIFA akan pertimbangkan perubahan ini atau sebaliknya.

Penutup

Harus diingat, komuniti bola sepak dunia sudah dipimpin Gianni Infantino. Bukan lagi di bawah rejim Sepp Blatter lagi.

Adakah kita sudah memasuki era FIFA yang baru? Mungkin…

 

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN