Impak Mohamadou Sumareh Harus Jadi Penanda Aras Buat Liridon

Sumareh Malaysia Thailand

Kehadiran Mohamadou Sumareh bersama skuad kebangsaaan kendalian Tan Cheng Hoe semestinya tidak boleh dinafikan.

Beraksi dalam tujuh perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 untuk skuad Harimau Malaya setakat ini misalnya, Sumareh telah menhasilkan empat jaringan.

Sumareh dianggap amat serasi bersama pemain tempatan yang lain, dan bijak menyesuaikan diri sebagai pemain negara sehinggakan rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak merasakan pemain tersebut sebagaai pemain naturalisasi.

Tan Cheng Hoe ketika dihubungi oleh wartawan Berita Harian turut berpendapat Sumareh amat mudah menyesuaikan diri dengan pasukan kendaliannya.

Sumareh Malaysia Indonesia 2
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

“Saya rasa sumbangan Sumareh sudah terbukti terutama dalam aksi kelayakan Piala Dunia yang mana dia pernah menjaringkan gol kemenangan buat pasukan,” kata Tan Cheng Hoe.

“Tapi, sudah pasti kita masih lagi mahu lihat permainan lebih baik daripada dia sebagai satu pasukan, bukan setakat dapat jaringkan gol saja.

“Secara keseluruhan dia memberi impak terbaik sebagai pemain naturalisasi. Dia pun tiada [timbulkan] masalah langsung.

“Dia sudah lama tinggal di Malaysia, faham budaya kita dan faham suasana negara ini.”

Antara faktor lain yang menyebabkan Sumareh cepat menyesuaikan diri juga menurut Cheng Hoe adalah kerana pemain itu amat mengenali pemain tempatan setelah lama beraksi di negara ini.

Liridon Krasniqi

Mengenai pemain natrualisasi baharu, Liridon Krasniqi, Tan Cheng Hoe mahu semua pihak melupakan masalah yang pernah ditimbulkan pemain itu.

Pemain tersebut sebelum ini pernah dikatakan sukar dikawal berikutan masalah dengan rakan sepasukan dan jurulatih ketika bersama Kedah.

“Bagi saya yang lepas itu biarlah lepas. Apa yang penting ketika ini dia (Liridon) perlu sesuaikan diri dengan cara pasukan kebangsaan dan mengikut apa yang dimahukan barisan kejurulatihan serta pengurusan.

“Saya mahu lihat sumbangan dia sebagai satu pasukan, bukan individu. Kita memang menekankan suasana harmoni dalam pasukan kebangsaan,” jelas Cheng Hoe lebih lanjut.

Penampilan Liridon bersama skuad Harimau Malaya pasti sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak tempatan setelah pemain kelahiran Kosovo itu diberikan lampu hijau oleh FIFA untuk mewakili pasukan negara.

Sudah tentu perbandingan akan dilakukan terhadap pencapaian Sumareh yang disifatkan ramai sudah terbukti keupayaannya.

Berdasarkan pencapaian Mohamadou Sumareh sejak bergelar pemain negara, maka tidak salah jika kita mengatakan pemain kelahiran Gambia itu harus menjadi penanda aras buat Liridon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN