“I’m The Only One You Got” – Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail yang merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui segala usaha dilakukan baginda selama ini dijalankan atas usaha sendiri serta tanpa mana-mana bantuan luar.

Terdahulu, Palatao Bola mempersoalkan FR Future Talents yang dianggap gagal mengenal pasti calon pemain warisan baharu Harimau Malaya serta menasihati laman itu supaya lebih teliti dalam memperkenalkan calon buat skuad kebangsaan.

Ini kerana salah seorang pemain profesional yang kononnya mempunyai pertalian darah bersama Malaysia iaitu Isaac Hayden menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan bersama negara ini dan memilih Jamaica.

“Isaac Hayden mengaku tiada pertalian dengan Malaysia. Sumber rapat dengan Tunku Ismail @frfuturetalents diharapkan periksa dahulu agar pemain tidak bersalah menjadi mangsa kecaman,” kata Palatao Bola.

Tampil menjawab kenyataan tersebut, Tunku Ismail mengakui baginda langsung tidak mengenali laman tersebut serta orang yang menguruskannya selama ini.

Tunku Ismail juga menyatakan baginda selama ini bekerja dengan pasukan sendiri untuk membantu kerajaan Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan, serta Persatuan Bolasepak Malaysia daripada pelbagai aspek.

“Saya tiada sumber rapat. Saya tak kenal pun orang atau page ni. Saya tiada kaitan dengan sesiapa dan mana mana pihak.

“Saya hanya diminta bantu kerajaan Malaysia, KBS, FAM, dan bekerja dengan pasukan saya sendiri untuk membantu pasukan kebangsaan dalam structure, kemudahan latihan, technology, exposure dan contacts dengan organisasi bolasepak berjaya yang saya kenali.

“Kalau fikir secara rational dan berdasarkan fakta. I’m the only one you got. Yang lain setakat bercakap, tak sanggup beri financial support dan kenalan mereka pun tak seberapa.

“Saya ada infra, alhamdulillah rezeki, dan contact dengan dunia bolasepak secara global dan berjaya. I’m the only one you got buat masa ini. So suka tak suka, minta maaf,” ujar baginda di media sosial X.

Terdahulu, bola sepak negara sedang mengalami perubahan baharu atas usaha Tunku Ismail demi memartabatkan kembali Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Antara usaha awal dilakukan baginda adalah untuk mendaftarkan pemain dari Brazil iaitu Bergson da Silva serta Manuel Hidalgo selaku status naturalisasi selain beberapa pelan lain turut dilakukan.

Malah, Malaysia turut memperkenalkan jurulatih baharu iaitu Peter Cklamovski bersama Nafuzi Zain yang telah pun diumumkan pada beberapa hari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN