Kali terakhir Thailand menjuarai Piala AFF ialah pada 2016. Selepas itu prestasi skuad Gajah Putih di rantau Asia Tenggara agak tenggelam terutamanya dengan kemunculan Vietnam sebagai kuasa baru bola sepak rantau ini.
Walaupun memiliki pemain handalan yang berkelana di luar negara, prestasi Thailand sentiasa tidak berada di paras yang diharapkan.
Dan di antara 2016 sehingga 2021, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut telah melantik sehingga lima jurulatih untuk mengangkat kembali martabat bola sepak negara itu, bermula dengan Kiatisuk Senamuang (2014-2017), Milovan Rajevac (2017–2019), Sirisak Yodyardthai (2019), Akira Nishino (2019–2021), dan kini Alexandre (Mano) Polking.
Dan walaupun baru beberapa bulan mengendalikan skuad kebangsaan Thailand, Manu Polking seperti sudah berjaya menghimpunkan skuad Thailand yang menghiburkan dan sesuai dengan status Raja Asia Tenggara. Apakah rahsianya?
Kelebihan Mano Polking
Seperti mana jurulatih-jurulatih lain di skuad kebangsaan yang lain di Asia Tenggara, peranan Mano Polking hanya tertumpu kepada bidang kejurulatihan.
Manakala hal urusan dalaman dan keperluan pasukan dikendalikan oleh seorang pengurus yang dilantik oleh FAT.
Untuk Piala AFF 2020 pada kali ini, pengurus Thailand adalah Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madam Phang. Beliau juga adalah watak utama di dalam FAT yang memilih Mano Polking untuk menggantikan Akira Nishino yang dipecat sebagai jurulatih kebangsaan selepas pasukan itu gagal layak ke Piala Dunia Fifa 2022.
Mano Polking kembalikan perform Thailand yang sempat menurun saat dilatih Akira Nishino.
Mano Polking fasih seluk beluk sepak bola Thailand karena sudah di Thailand sejak 2011. pic.twitter.com/K3HG5M4luc
— PEMAIN TITIPAN (@pemaintitipan) December 23, 2021
Ahli perniagaan yang kaya dan masih cantik walaupun sudah menjangkau usia 55 tahun bukanlah seorang individu yang asing di dalam arena bola sepak Thailand. Beliau yang dikenali sebagai Madam Pang merupakan pengerusi Kelab Bola Sepak Port FC yang menduduki tempat ketiga musim lalu dalam Liga Thai 1.
Nama beliau mulai dikenali di dalam bola sepak Thailand selepas pasukan negara itu memenangi pingat emas Sukan SEA 2013. Pada 2015, beliau juga berperanan membawa skuad wanita Thailand ke Piala Dunia Wanita 2015.
Bekerja bersama pengurus yang secara peribadi memberikan kepercayaan memudahkan kerja Mano Polking. Apakah pendapat pengendali daripada Brazil itu mengenai watak ‘orang besi wanita Thailand’ itu?
Tugas Madam Pang
Di atas padang Madam Pang kelihatan sentiasa ligat dan lantang memberi kata-kata motivasi kepada pemain yang berjuang di atas padang.
Tetapi tugas seorang pengurus pasukan sebenarnya lebih daripada itu. Skop utama seseorang pengurus adalah untuk mengatur perkara-perkara logistik, pendaftaran untuk kejohanan dan perlawanan, pusat latihan, penginapan dan sebagainya.
🙏🇹🇭 Thailand national team manager Nualphan Lamsam, aka Madame Pang, shows her support for the fans after their semi-final clash. Can the War Elephants go on to win a 6th ASEAN Football title?#AFFSuzukiCup2020 #AFFSuzukiCup #Thailand #changsuek #ช้างศึก #ทีมชาติไทย pic.twitter.com/L7TTZR03gz
— Grandstand (@grandstandsgp) December 28, 2021
Apa yang menarik mengenai Madam Pang dan menjadi nilai tambah kepada pasukan Thailand sehingga memudahkan kerja Mano Polking pula adalah kebolehan wanita itu membina hubungan baik dengan kelab-kelab di dalam dan luar negara.
Umum mengetahui rata-rata kelab luar negara enggan melepaskan pemain mereka di luar jendela antarabangsa FIFA seperti kejohanan Piala AFF.
Tidak seperti Indonesia dan Malaysia, Thailand dengan mudah mendapatkan pemain mereka yang berkelana di luar negara.
Pendedahan Mano Polking
Berkongsi kepada media mengenai peranan Madam Pang dan mengapa wanita itu begitu dihormati di kalangan pemain dan kakitangan skuad kebangsaan Thailand, Mano Polking melakukan perkongsian ini.
“Beliau mempunyai pengaruh yang besar di dalam pasukan Thai. Madam Pang adalah seorang wanita dengan personaliti yang kuat,” ujar Mano.
“Adalah satu perkara yang penting untuk mempunyai hubungan yang baik dengan kelab-kelab untuk mendapatkan khidmat pemain. Beliau menghubungi pasukan seperti Leicester.
🇹🇭 Last night, Thailand National Team manager Nualphan Lamsam, also known as Madame Pang, hosted a fun event at the team dinner to relieve stress and pressure on the team ahead of the 2020 @affsuzukicup Semi-Finals against Vietnam.#SupportlocalFootball #AFFSuzukiCup pic.twitter.com/wqFCIaMQeY
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) December 22, 2021
“Walaupun persiapan kami tidak lengkap, kami masih mampu membawa skuad terkuat. Kehadirannya hanya memberikan atmosfera positif di dalam pasukan. Beliau juga bijak membina hubungan baik dengan kelab di dalam dan luar negara.
Antara pemain Thailand yang beraksi berpengakalan di luar negara adalah seperti Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo), Thanawat Suengchitthawon (Leicester City) dan Kawin Thamsatchanan (OH Leuven).
Apa yang dikongsikan oleh Mano Polking turut dipersetujui oleh Supachok Sarachat. Bagi Supachok Madam Pang bukan sekadar mengurus perkara berkaitan logistik.
Wanita itu turut memainkan peranan penting memudahkan pemain dan jurulatih hanya untuk fokus kepada kejohanan.
Kelayakan Madam Pang
Mungkin juga ada yang mempersoalkan kelayakan Madam Pang kerana beliau adalah seorang wanita.
Selain pengalaman di dalam bidang bola sepak, wanita ini sebenarnya mempunyai kelayakan yang bersesuaian di dalam bidang pengurusan.
Madam Pang sebenarnya adalah graduan Universiti Chulalongkorn dan memiliki Ijazah di dalam bidang Pemasaran.
Lebih daripada itu, Madam Pang juga adalah lulusan Master of Management (Pengurusan), Universiti Boston, Amerika Syarikat. Kelayakan ini cukup untuk menjelaskan kelayakan dan kebijaksanaan beliau.
Mungkin tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut memilih pengurus pasukan yang lebih berkelayakan pada masa akan datang dan tidak membebankan tanggungjawab membina pasukan kepada jurulatih semata-mata di pertandingan lain akan datang.
Mungkin perlu juga penyokong bola sepak Malaysia tahu apakah kelayaka yang dimiliki oleh pengurus skuad kebangsaan Malaysia selama ini.