Kami mampu leburkan rekod tanpa kalah Liverpool di Etihad tegas pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan.
Juara bertahan, Manchester City bakal membuat perhitungan dengan pendahulu liga, Liverpool digelangang sendiri pada perlawanan terakhir minggu ke-21 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal berlangsung awal pagi esok.
The Citizen pastinya dalam misi untuk memburu kemenangan ke-16 mereka bagi merapatkan jurang dengan dua pasukan diatas (Liverpool dan Tottenham) dalam usaha mengekalkan trofi EPL musim ini.
Namun, tugas berat bakal dihadapi skuad Pep Guardiola memandangkan lawan mereka kini sedang berada dipuncak prestasi.
Ada strategi
Gundogan bagaimanapun berkata, beliau mempunyai strategi untuk membantu pasukan menewaskan Liverpool esok.
Menurut Gundogan, bagi mencari kemenangan, perkara utama yang perlu dilakukan pemain adalah menyekat trio serangan Liverpool – Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.
“Menentang Liverpool, lawan dengan tiga pemainnya di hadapan akan menjadi perlawanan yang sangat menarik dan juga cabaran yang sangat besar,” ujar Gundogan dipetik menerusi Goal.
“Bila kami mampu melakukan itu dengan baik (menghalang Salah, Firmino, dan Mane), maka kami akan memenangi perlawanan itu. Di hadapan, kami mempunyai kualiti untuk mencetak gol,” lanjutnya.
Percaya Guardiola
Pemain kebangsaan Jerman itu bagaimanapun yakin dan percaya dengan ‘kebijaksanaan’ Pep Guardiola dalam mengatur strategi pasukan.
“Ia adalah perlawanan yang paling menarik dari EPL, jadi kami ingin melakukan yang terbaik.”
“Falsafah pengurus kami adalah untuk membawa aksi permainan kami yang sebenar di padang, hasilnya akan datang secara automatik.”
“Terutama selepas menerima hasil yang buruk baru-baru ini. Sebagai kolektif, kita perlu lebih menyelesaikan (masalah) di bahagian pertahanan dan menyerang lebih agresif.”
Katanya lagi, “Kadang-kadang kita membuatkan ianya terlalu mudah bagi pihak lawan untuk melewatinya (kawasan pertahanan) dan kami memberikan mereka terlalu banyak ruang yang terbuka.”