Ikuti Aksi Pemain Bola Sepak Tempatan Di Saingan Thai League 1 Di Arena 2, Tiga Saluran Sukan Baru Bakal Dilancarkan Astro!

Astro SuperSports

Saban tahun, saluran sukan seperti Astro SuperSports semakin berkembang dengan mereka mula menawarkan pelbagai liputan dan pilihan kepada penonton.

Bukan setakat melibatkan aksi seperti bola sepak, badminton dan golf, saluran sukan pada masa kini mula menawarkan liputan yang lebih luas termasuklah e-sukan.

Di Astro, mereka juga berevolusi untuk terus kekal relevan terutamanya dalam penyiaran sukan di Malaysia.

Menyedari situasi tersebut bakal memberikan kesan kepada pengalaman menonton aksi sukan yang terbaik, pihak Astro telah mengumumkan kehadiran tiga saluran sukan baharu yang bakal menemui penonton pada Oktober 2021.

Tiga saluran tersebut adalah Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV.

Kemunculan tiga saluran tersebut bakal menggantikan kesemua tiga saluran FOX Sports dengan setiap satu daripadanya mempunyai fokus yang berlainan.

Apa yang bakal ditawarkan?

Ketiga-tiga saluran baharu yang ditawarkan Astro ini bakal menawarkan pengalaman yang berbeza kepada penonton dengan tujuan yang sama – memberikan kualiti penyiaran sukan terbaik buat anda.

Astro Arena 2 bakal menjadi saluran kedua sukan tempatan berbahasa Malaysia selepas Astro Arena Saluran 801 dengan fokus menyediakan pelbagai kandungan sukan antarabangsa dengan sajian lebih tempatan untuk peminat di Malaysia, khususnya buat peminat sukan generasi muda.

Dengan pelancaran saluran sukan baru ini, Astro semestinya tidak akan ketinggalan untuk menyokong dan membawakan perkembangan terkini atlet negara apabila bakal menyiarkan siaran langsung saingan Thai League 1 membabitkan dua kelab yang diwakili oleh pemain Malaysia iaitu Junior Eldstal (Chonburi FC) dan Dominic Tan (Police Tero FC).

Perlawanan dari dua kelab ini akan  disiarkan di Arena 2 bermula 1 Oktober 2021, ini juga termasuk  perlawanan membabitkan dua pasukan ini di saingan Thai FA Cup dan League Cup turut akan disiarkan.

Selain itu, saluran ini juga bakal menyiarkan pelbagai lagi aksi sukan antarabangsa lain termasuk pra rancangan seperti Bundesliga, NBA, Formula One dan Moto GP. 

Program-program majalah lain yang tersedia seperti; Borak-Borak Botak, Bola itu Life, Berbulu dengan Burn dan beberapa program baharu yang bakal menampilkan bekas pemain badminton negara seperti Tan Boon Heong. 

Dan semestinya, laporan berita dalam dan luar negara juga tidak ketinggalan turut akan disajikan.

Sementara itu, saluran Astro SuperSports 5 pula akan bertindak sebagai saluran yang menyiarkan pelbagai aksi sukan antarabangsa terutamanya sukan bola sepak.

 

Aksi-aksi seperti Bundesliga dan J-League bakal membuat kemunculan di saluran ini. Lebih menarik, aksi bola sepak wanita utama England, FA Women’s Super League juga bakal tiba Astro SuperSports 5!

Penyokong Arsenal yang kecewa dengan persembahan pasukan lelaki Arsenal bolehlah merawat luka kekecewaan dengan kehebatan pasukan wanita Arsenal pula!

BOREHAMWOOD, ENGLAND – SEPTEMBER 26: Leah Williamson of Arsenal celebrates with team mates after scoring their side’s fifth goal during the Barclays FA Women’s Super League match between Arsenal Women and Manchester City Women at Meadow Park on September 26, 2021 in Borehamwood, England. (Photo by Alex Morton – The FA/The FA via Getty Images)

Perlawanan bola sepak antarabangsa seperti UEFA Nations League dan kelayakan Piala Dunia zon Eropah juga akan disiarkan di saluran ini.

Selain bola sepak, saluran ini turut menyiarkan aksi-aksi sukan yang lain seperti Formula 1 dan juga kejohanan badminton BWF.

Bolehlah tengok Lee Zii Jia melakukan smash kencang di Astro SuperSports 5 lepas ni.

Saluran ketiga yang bakal tiba Oktober ini di Astro adalah SPOTV.

Berasal dari Korea Selatan, SPOTV adalah saluran sukan berbayar yang sudah wujud sejak dari tahun 2010 lagi.

Buat pertama kalinya di Malaysia, SPOTV bakal disiarkan menerusi Astro dengan fokus utama saluran ini adalah aksi MotoGP.

Perlumbaan Grand Prix the Americas bakal menjadi yang pertama disiarkan di SPOTV pada Oktober ini.

Selain itu, mereka juga bakal menyiarkan aksi sukan tempatan Korea Selatan seperti Korean Basketball League.

Kena bayar lebih ke ni?

Berita baik buat anda, kehadiran tiga saluran baharu ini tidak akan dikenakan caj tambahan oleh pihak Astro!

Jadi anda tidak perlu gusar lagi sama ada caj tambahan akan dikenakan oleh Astro.

Lebih menarik, saluran Astro Arena 2 akan menjadi sebahagian daripada Family Pack untuk dinikmati oleh semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh tuju ke laman sesawang Astro dengan klik di sini.



Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN