Perak FC dan Kelantan FC hari ini disahkan tidak akan menghantar pasukan untuk pertandingan Piala Belia untuk saingan musim 2022.
Selain daripada Piala Belia, Perak FC turut disahkan tidak akan bertanding di pertandingan Piala Presiden.
Selain Kelantan FC, Perak FC juga tidak akan sertai saingan Piala Belia 2022 dan kelab berkenaan turut tidak menghantar pasukan untuk Piala Presiden kerana gagal melengkapkan pendaftaran pemain hingga tarikh akhir 18 Februari lalu.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 22, 2022
Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam penyertaan Kelantan FC di pertandingan Piala Belia dan Kelantan FC di Piala Belia dan Piala Presiden pada musim ini tidak akan berlaku selepas kedua-dua kelab gagal melengkapkan pendaftaran pemain pada tarikh turut pendaftaran 18 Februari lalu.
Sebelum ini Kelantan FC telah memohon untuk menarik diri daripada pertandingan Piala Belia sehingga menyebabkan kelab itu didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 13 Februari lalu kerana tindakan tersebut.
Berdasarkan kes dan denda yang dikenakan ke atas Kelantan FC, nasib sama juga dipercayai bakal diterima oleh Perak FC selepas ini.
Tidak cukup syarat?
Bagaimana pun timbul pertanyaan lain selepas itu. Adakah cukup sekadar mendenda kedua-dua pasukan?
Berdasarkan peraturan pelesenan kelab dan pertandingan Liga Malaysia yang digubal sendiri Malaysian Football League (MFL), kedua-dua pasukan sebenarnya tidak layak memperolehi lesen kebangsaan untuk bertanding di Liga Malaysia disebabkan perkara di atas.
Kelab MSL wajib ada EMPAT
Kelab MPL wajib ada TIGAJika tak lepas kriteria, maka tidak layak diberi lesen untuk bertanding. pic.twitter.com/SQm2NBttYs
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 22, 2022
Malah kedua-duanya dianggap tidak memiliki syarat yang dianggap mandatori untuk mendapatkan lesen kebangsaan.
Berdasarkan ciapan dan perkongsian salah seorang pengguna Twitter di atas, setiap pasukan yang bertanding di Liga Super Malaysia (MSL) harus memiliki empat pasukan peringkat umur.
Manakala pasukan yang bertanding di Liga Premier pula harus memiliki sekurang-kurangnya tiga pasukan peringkat umur. Tanpa pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia, ini bermakna Perak FC dan Kelantan FC sudah tidak memiliki dua pasukan bawah umur.
Untuk rekod, selain skuad Piala Presiden dan Piala Belia yang dikhususkan untuk pertandingan B-21 dan B-19, setiap pasukan di Liga Malaysia juga dibenarkan untuk bertanding di peringkat U-17 dan U10 (Rujuk ciapan di atas).
Bila MFL mahu hukum?
Jadi apakah tindakan susulan MFL selepas ini. Adakah MFL akan menarik balik lesen bertanding kedua-dua pasukan, sekali gus memaksa MFL membatalkan penyertaan Perak FC dan Kelantan FC di saingan Liga Malaysia pada musim ini?
Perkara tersebut mungkin tidak terjadi pada masa ini kerana penilaian pelesenan kelab dilakukan sekitar Oktober tahun lalu untuk pertandingan pada musim ini.
Ketiadaan penganjuran pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia sejak dua musim lalu menyebabkan kedua-dua pasukan secara teknikal memenuhi syarat minimum.
Club licensing assessment dibuat pd tahun sebelumnya & diumum Oktober. Utk lesen 2022, ketika assessment dibuat pastinya Perak/Kelantan menyenaraikan pasukan PP/PB/KPM 2021 (walaupun tournament dibatalkan). Kedua team ni akan berhadapan masalah utk lesen 2023
— MahaBolaMy (@mahabolamy) February 22, 2022
Bagaimana dengan saingan Liga Malaysia pada musim 2023 selepas pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia diteruskan pada musim 2022 ini?
Jika peraturan tersebut diambil kira, hukuman berat pasti menanti kedua-dua pasukan, melainkan Perak FC dan Kelantan FC mampu bermain ‘silap mata’?
Sukar untuk membayangkan kedua-dua pasukan disingkir terus daripada saingan Liga Malaysia pada musim hadapan. Atau adakah akan ada pengecualian untuk Perak FC dan Kelantan FC – yang bermaksud peraturan sedia ada diabaikan oleh kedua-dua badan itu sekiranya berlaku?
Pasti semua pihak mahu tahu maklum balas daripada badan bola sepak itu mengenai situasi kedua-dua kelab selepas ini.