Legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 75 tahun.
Beliau telah menjaringkan 68 gol dalam 62 penampilan untuk Jerman Barat termasuk gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1974 menentang Belanda.
Bayern Munich icon and West Germany World Cup winner Gerd Muller has died aged 75.
566 goals in 607 games for Bayern. 68 goals in 62 games for West Germany.
One of the greatest goalscorers in the history of the game 🙏 pic.twitter.com/d55Zwy3fwc
— B/R Football (@brfootball) August 15, 2021
Muller turut beraksi selama 15 bersama kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich dan merekodkan 365 gol dari 427 perlawanan dalam semua pertandingan.
Beliau yang digelar “Bomber der Nation” juga merupakan penjaring gol Piala Dunia ketiga terbanyak dengan 14 gol di belakang Miroslav Klose (16) dan Ronaldo (15).
Berita tersebut diumumkna oleh Bayern Munich menerusi akaun media sosialnya.
“FC Bayern bersedih dengan pemergian Gerd Muller. Pihak kelab dan semua penyokong berkabung dengan kematian Gerd Muller yang meninggal dunia pada pagi Ahad pada usia 75 tahun.”
Another sad day for the world of football!! RIP Gerd Muller 🙏🏻💔 pic.twitter.com/WPNV0YhQQn
— BI_1897 (@BI_1897) August 15, 2021
Pada bulan Mei lalu, penyerang sensasi Bayern, Robert Lewandowski baru sahaja memecahkan rekod berusia 49 tahun milik Muller dengan manjaringkan 41 gol Bundesliga dalam semusim.