Ifwat Waspada Ancaman Trio Serangan JDT

Penjaga gol pasukan Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim menganggap trio serangan JDT akan menjadi igauan ngeri mana-mana pasukan.

Ifwat mahu segera melupakan bolos 8 gol daripada 2 perlawanan ketika menentang Pahang sebelum ini. Beliau memberitahu Arena Harian Metro, bahawa pasukan Kedah fokus kepada latihan defensif untuk memperbaiki perkara itu.

Ifwat berkata: “Kita perlu lebih waspada dengan trio serangan JDT iaitu Safawi Rasid, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera.”

“Mereka adalah trio yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan gerakan mereka yang serba pantas.”

Ifwat berkata beliau sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi beliau dari semasa ke semasa.

Ifwat bangga dapat membantu pasukan Kedah mara ke final buat kali ketiga di dalam kariernya.

“Sudah tentunya saya mahu melakukan yang terbaik,” tambah beliau lagi.

Ifwat Akmal
FOTO: Thephotoshooterz/Salehuddin Arsat

Ifwat tidak kisah sama ada beliau ataupun rakannya yang akan dipilih menjadi penjaga gol pada final nanti. Bagi beliau, sesiapa sahaja yang dipilih turun beraksi akan melakukan yang terbaik.

Dalam kem Kedah, semangat kesukanan adalah sangat penting di kalangan para pemain.

“Saya yakin sesiapa saja yang dipilih beraksi di final ini akan turun dengan semangat berpasukan dan ini faktor yang penting untuk kami berjaya dalam mana-mana perlawanan.”

Kedah dan JDT berentap pada final Piala Malaysia 2019. Ini adalah final domestik kedua pasukan Kedah pada musim ini selepas kejayaan merangkul Piala FA.

Kedah mengenepikan cabaran Pahang di separuh akhir. Manakala JDT menewaskan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN