Ifwat Akmal Komited Untuk Kekal Di Kedah!

Semalam berlegar banyak persoalan tentang penjaga gol no.1 Kedah dan juga pemain kebangsaan Ifwat Akmal.

Ini selepas Ifwat yang agak kontroversi memberikan bayangan bahawa ramai pemain tidak gembira dengan pengurusan KFA pada hari ini.

Masalah dalaman dalam KFA hanya mereka sahaja yang tahu. Beliau menzahirkan sokongan kepada Syafiq Ahmad yang mulai dikaitkan dengan pasukan JDT. Namun cara Ifwat itu tidak disenangi penyokong. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ifwat:

“Penyokong tahu ke masalah dalaman pasukan? Ya berbayar, sebab kami hanya kerja di atas padang dan tidak ada kerja lain. Tak ada kerja tetap!”

“Kalau ada apa-apa terjadi kepada kami, ada orang akan hargai kami? Orang akan lupa, hanya slogan biar jasa jadi kenangan.”

Di laman facebook Ifwat peminat-peminat Kedah mahukan kepastian adakah Ifwat pun akan angkat kaki pada musim akan datang?

Pemain tersebut memberitahu yang beliau tidak akan ke mana-mana dan kekal bersama pasukan Kedah. Ifwat memberitahu yang ramai sudah salah anggapan tentang situasi beliau.

Ifwat menjelaskan yang beliau masih ada kontrak lagi dengan KFA. Ifwat lebih menumpukan aksi di atas padang terutama sekali aksi menentang Felda United dalam separuh akhir 2 Piala Malaysia 2017.

Ini adalah beberapa jawapan balas Ifwat kepada peminat beliau di laman facebook peribadi beliau:

Nampaknya, penyokong Kedah sudah boleh menarik nafas lega dengan kenyataan Ifwat Akmal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN