Ifwat Akmal Buktikan Diri Masih Lagi ‘Tangkas’ Buat Kedah

Nama penjaga gol Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ifwat Akmal mungkin sudah lama tidak kedengaran dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia sejak dirinya lebih banyak berada di bangku simpanan sejak musim lalu.

Dalam kalangan penjaga gol di Kedah, Ifwat sebenarnya sudah boleh dikatakan antara pemain senior yang masih kekal berkhidmat buat Sang Kenari walau pasukan itu ditimpa pelbagai ujian.

Menjadi salah satu produk berkualiti Kedah, pemain ini juga sudah mencipta pelbagai kejayaan sepanjang mewakili Sang Kenari selain turut pernah tersenarai mewakili Harimau Malaya suatu ketika.

Selepas kehadiran Kalamullah Al-Hafiz musim lalu, posisi Ifwat dijadikan selaku pilihan kedua dan hanya beberapa kali sahaja diberi peluang dalam kesebelasan utama bawah kendalian Nafuzi Zain.

Skrip sama juga berlaku musim ini, sebelum Kalamullah sah menyertai Selangor beberapa hari lalu untuk memberi ruang kepada pemain berusia 28 tahun ini akhirnya kembali menjadi pilihan utama Nafuzi.

Pada aksi bertemu Sri Pahang, Ifwat buat pertama kali terpilih beraksi dalam kesebelasan utama di Stadium Darul Aman (SDA), serta berjaya memberi aksi yang dianggap cukup menyakinkan.

Sepanjang aksi berlangsung, Ifwat jelas tidak mempamerkan sebarang rasa gugup atau kekok di atas padang bersama rakan sepasukan lain menghadapi pasukan lawan.

Malah, pemain itu sendiri tampil bersyukur akan keputusan seri mampu dilakar pasukan ketika bertemu Tok Gajah walaupun Kedah mengalami pelbagai isu di luar padang.

“Alhamdulillah ini perlawanan serta penampilan sulung saya untuk tahun 2024 bersama Kedah dan saya bersyukur akan keputusan seri ini walaupun pasukan menghadapi pelbagai masalah.

“Tetapi semua pemain dapat beri komitmen di atas padang walaupun persediaan sebelum perlawanan agak singkat.

“Saya harap perlawanan selepas ini di Darul aman, par penyokong dapat hadir ke stadium untuk memberi sokongan serta membantu sedikit kewangan dari kutipan jualan tiket,” ulas Ifwat kepada Semuanya BOLA.

Jika dilihat pada prestasi semasa, jelas Ifwat bakal menjadi pilihan utama Nafuzi selepas ini untuk mengharungi baki saingan Liga Super serta kejohanan domestik di Malaysia.

Kami di Semuanya BOLA sendiri mendoakan supaya segala kemelut melanda dapat diselesaikan serta Ifwat terus mempamerkan aksi cemerlang buat Sang Kenari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN