Ifedayo Terus Konsisten Selaku ‘Mesin Gol’ Di Liga M

Nama penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun terus menghadirkan magis tersendiri di pentas Liga Malaysia (Liga M) menerusi ketajaman beliau di hadapan gawang gol pada saingan musim ini.

Nama Ifedayo bukan lagi suatu yang asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas penyertaan beliau bersama pelbagai kelab di saingan Liga M sebelum itu.

Paling diingati, sudah tentu ketika beliau meraih gelaran penjaring terbanyak sewaktu menyarung jersi Selangor suatu ketika bersama aksi cukup memuaskan.

Walaupun sudah dibatasi usia yang semakin meningkat, prestasi Ifedayo masih lagi belum terjejas terutama sekali membabitkan aspek penyudah beliau di hadapan gawang gol.

Terbaharu, Ifedayo menambah koleksi gol terbaharu beliau bersama Sang Saka Biru ketika PDRM mengikat Kedah menerusi keputusan penuh 3-3 di Selayang.

Dibawa turun dalam kesebelasan utama aksi berkenaan, Ifedayo memainkan peranan cukup baik di posisi serangan PDRM dengan beberapa gerakan dan percubaan dihasilkan pemain itu.

Malah, Ifedayo turut menambah koleksi gol terbaharu beliau ketika PDRM mengikat Kedah Darul Aman (Kedah) menerusi keputusan penuh 3-3.

Musim ini sahaja menyaksikan pemain kelahiran Nigeria itu sudah mengharungi 16 perlawanan bersama 12 gol direkodkan penyerang itu untuk menjadi peledak berbisa PDRM.

Setelah kehilangan khidmat Uche Agba pada tahun lalu, percaturan PDRM untuk menandatangani bekas penjaring terbanyak Liga M itu dilihat sangat berbaloi buat mereka musim ini.

Apatah lagi Ifedayo juga sudah pun merekodkan hatrik sulung beliau pada saingan musim ini ketika PDRM menewaskan Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) sebelum itu.

Gandingannya bersama Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri di bahagian hadapan serangan menjadikan The Cops sedikit sebanyak tampil lebih berbisa jika dibandingkan pada aksi musim lalu.

Memandangkan persaingan Liga Super dan aksi MFL Challenge Cup masih berbaki sebelum tirai saingan musim 2024/2025 ditutup, sudah tentu Ifedayo menyimpan hasrat untuk terus menambah koleksi gol beliau bersama pasukan tersebut.

Jangkaan anda, adakah pemain ini mampu untuk meledak lebih daripada 15 gol pada saingan musim ini bersama PDRM di pentas domestik?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN