Penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun akhirnya berjaya menunjukkan taring sebenarnya ketika aksi menentang Perak tempoh hari dengan mencatat hatrik pertamanya musim ini.
Penyerang import dari Nigeria itu merupakan penjaring terbanyak Liga Super pada musim lepas dengan merekodkan 12 gol walaupun saingan dipendekkan kepada 11 perlawanan sahaja.
Namun kehadiran penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva nampaknya menjadikan persaingan perebutan kasut emas pada musim ini semakin menarik memandangkan pemain import dari Brazil itu telah pun menjaringkan lapan gol.
How long it took JDT foreign attackers to hit 8 league goals
*Bergson da Silva: 5 matches*
Jorge Pereyra Diaz: 8 matches
Juan Martin Lucero: 10 matches
Diogo: 14 matches
Gonzalo Cabrera: 14 matches
Lucho Figueroa: 15 matchesNo frills. Just raw sauce 🔥 pic.twitter.com/Ct6vFiwimr
— Keesh (@keeshmatstats) April 10, 2021
Namun Ifedayo menganggap kehadiran Bergson sebagai sesuatu yang positif agar dia boleh mempertingkatkan lagi prestasinya bersama Selangor selain lebih bermotivasi bagi mempertahankan gelaran yang dimenanginya, musim lalu.
Beliau menghormati kemampuan penyerang berusia 30 tahun berkenaan dan tidak melihat kehadiran Bergson sebagai ancaman malah ia menjadikan saingan Liga Malaysia semakin kompetitif.
Bagi Ifedayo, berdasarkan pengalamannya melihat aksi Bergson ketika turun menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Mac lalu, beliau mengakui kualiti penyerang yang dipinjamkan dari kelab Fortaleza itu antara terbaik pernah disaksikan.
Selain Bergson, beliau turut menamakan penyerang Kedah, Kpah Sherman yang telah menjaringkan lima gol antara calon bergelar penjaring terbanyak Liga Super, musim ini.
“Selepas pernah berdepan dengan Bergson dalam perlawanan lalu, dia memang seorang pemain yang bagus dan berkualiti, memang antara penyerang luar biasa selain Sherman di Kedah,” ujar Ifedayo kepada Media MFL.
Your player for the night?
Re-Tweet for Bergson da Silva
Like Tweet for Ifedayo Olusegun
Reply Tweet for Paulo Josué
Quote Tweet for S. Kumaahran#Nikmatilah#LigaSuper2021 pic.twitter.com/nBcp9KQrg4— padangbolasepak.com🇲🇾 (@padangbolasepak) April 10, 2021
“Dia sudah melakukan tugasan yang cemerlang bersama pasukannya dengan membantu pasukan dan pujian kepadanya kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang penyerang.
“Jika kita mahu memenangi sesuatu, tiada jalan mudah sebenarnya dan saya lebih sukakan situasi sebegini kerana akan menuntut saya bekerja keras apabila menyedari ada seseorang yang berada di tahap lebih baik buat masa sekarang.”
Bagi Ifedayo, menjadi tanggungjawabnya sebagai pemain untuk memberikan yang terbaik untuk pasukannya dalam setiap perlawanan bagi mendapatkan lebih banyak jaringan sehingga aksi terakhir.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pertahankan gelaran penjaring terbanyak kerana apa yang jadi sasaran saya ialah secara purata mahu mendapatkan satu gol dalam tiap perlawanan yang dilalui selain membantu Selangor meraih kemenangan,” ujarnya lagi.
Ifedayo kini telah mengumpul lima gol dan sekaligus menjawab kritikan dan pertikaian dalam kalangan penyokong Selangor apabila beliau sebelum ini sekadar menjaringkan dua gol dalam tujuh perlawanan.
Dalam pada itu, Ifedayo akui Selangor sudah mula menemui prestasi yang konsisten selepas permulaan yang tidak menentu dalam beberapa perlawanan awal Liga Super.
“Kami semakin baik dari perlawanan ke tiap perlawanan dan kemenangan bertemu Perak menandakan yang pasukan ini berada di satu tahap lebih baik ketika tewas kepada Kedah.
“Saya rasakan perubahan yang semakin positif dalam Selangor kerana keserasian sesama kami tampak kian meningkat, cuma keputusan yang merupakan aspek paling penting buat masa ini.
“Pasukan ini mempunyai ramai pemain baharu, begitu juga pemain muda selain sistem yang berbeza berbanding musim lalu, jadi semua perkara ini akan mengambil sedikit masa sebelum sesuatu yang hebat mampu berlaku.”
Kredit Foto: Selangor FC & Johor Southern Tigers
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Ollerenshaw Pelik Sikap “Bangga Lebih” Feichtenbeiner Selepas Selangor II Ikat JDT II
Bekas Pemain Kebangsaan Ini Jelaskan 8 Sebab Kenapa Skuad Projek FAM-MSN Wajar Dikekalkan
Stadium Sultan Ibrahim Kini Jadi Tumpuan Acara Dunia, Spartan Stadion