Ifedayo Anggap Hanya Selangor Pasukan Terhebat Di Malaysia

ifedayo olusegun
Champions League: 2024-25 play-off draw Loading official content
Champions League: 2024-25 play-off draw
Check out how the 2024/25 Champions League play-off matchups turned out.
0 seconds of 39 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot
01:14
00:00
00:39
00:39
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Behind the scenes: PSG celebrate victory over Brest and advance to UCL knockout round Lopetegui expects great things from Sergio Ramos at Monterey Lyon's 10 goals in 3 games under Paulo Fonseca Giorgia Arrigoni on her contract renewal with Milan Rebecca Knaak: ‘The cross-border duel is always something special’ Ancelotti: 'Mbappé can reach Cristiano Ronaldo's level at Real Madrid' Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions Pitchside Angle: Pato nets brace as Borneo beat Barito Putera The best of Vitinha at PSG Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich João Félix reveals the meaning behind his nickname Jota's first goal back at Celtic Park Lihat lebih video OneFootball di OneFootball

Di matanya, hanya satu sahaja pasukan terbesar di Malaysia.

Pemain Selangor, Ifedayo Olusegun, menegaskan hanya Selangor sahaja yang dianggap sebagai pasukan terbesar dalam kancah bola sepak negara.

Perkara ini diakui beliau sebelum dirinya menjadi sebahagian daripada skuad Gergasi Merah lagi.

Bercakap kepada penyokong Selangor dalam rancangan Man On The Street terbitan Astro, Ifedayo mengatakan yang dirinya menyedari pasukan Lembah Klang itu adalah yang terbaik di Malaysia sejak beraksi untuk FELDA United lagi.

Ifedayo muncul dalam bola sepak Malaysia sejak 2017 lagi bersama pasukan Jengka itu. Namun, beliau mendedahkan yang dirinya hampir beraksi untuk Kelantan pada 2015.

Jadi, beliau sudah mengenali Selangor lebih awal sebelum ke Malaysia pada 2017.

“Saya hampir beraksi untuk pasukan Kelantan pada 2015, namun perpindahan itu tidak menjadi.”

“Tetapi, semasa perpindahan itu dalam proses, saya melakukan kajian mengenai bola sepak Malaysia di Internet. Ketika itu, nama Selangor sahaja yang sering muncul sebagai pasukan terbesar Malaysia.”

Tambah penyerang berusia 30 tahun itu, perasaan beliau berbeza apabila bermain menentang Selangor kerana beliau menanggap pasukan Lembah Klang itu adalah yang terbaik di Malaysia.

Kini bersama-sama Selangor, Ifedayo pastinya gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang beliau anggap terbaik di tanah air.

“Minta maaf kepada pasukan-pasukan lain, tetapi satu-satunya pasukan yang saya lihat di carta adalah Selangor.”

“Apabila saya melihat kepada carta bilangan piala dan sebagainya, nama yang sering keluar adalah Selangor.”

Ifedayo kini mengumpu sembilan gol Liga Super daripada 10 perlawanan.

Baca juga artikel kami mengenai Ifedayo Olusegun:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN