Ibu Pogba cipta kejutan semalam!
Perlawanan Europa League antara Manchester United dan St. Etienne mencuri tumpuan dunia. Hal ini kerana 2 adik beradik Paul dan Florentin Pogba bertemu sesama sendiri.
Namun begitu, selain mereka berdua ibu kepada kedua-dua adik beradik ini juga mencuri tumpuan!
Baju separuh-separuh
Ibu kepada Paul dan Florentin Pogba, Yeo Moriba serta bersama ahli keluarga yang lain hadir ke Old Trafford mencipta tumpuan apabila memakai baju separuh-separuh.
Baju separuh-separuh ini merupakan hasil gabungan dari jersi Manchester United yang berwarna merah dan juga jersi St. Etienne yang berwarna hijau.
Hal ini kerana Moriba menunjukkan sokongan terhadap kedua-dua anaknya. Barangkal tidak tahu nak sokong mana satu mungkin.
Pemakaian tersebut ternyata membuatkan Moriba menjadi tumpuan semalam.
https://twitter.com/Ratings_Mike/status/832342359706894337?ref_src=twsrc%5Etfw
Rambut khas
Selain ibu mereka, abang kepada Paul iaitu Florentin juga melakukan satu perkara menarik untuk perlawanan menentang adiknya.
Beliau dilihat telah melakukan satu gaya rambut khas yang ditujukan khas untuk adiknya itu.
Beliau dilihat mencukur kepalanya dengan nombor 6 yang merujuk kepada nombor jersi yang dipakai oleh adiknya itu.
Baca juga: Zlatan Ledak Hat-Trik Dalam Kemenangan 3-0 United, Beberapa Statistik Yang Perlu Anda Tahu!