Ibrahimovic Tidak Disenaraikan Dalam Skuad Piala Dunia Sweden

Bekas penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic menamatkan spekulasi sama ada dia akan beraksi pada Piala Dunia Russia, apabila jurulatih Sweden Janne Andersson menamakan skuad yang tidak dibarisi nama besar namun memiliki semangat tinggi.

Tiada kejutan diberikan jurulatih berusia 55 tahun yang mengambil alih selepas Ibrahimovic bersara daripada pasukan kebangsaan susulan kempen mengecewakan di Euro 2016, namun beliau yakin dengan pemain yang dipilihnya ke Russia.

Dalam ketiadaan Ibrahimovic, Sweden berjaya menewaskan Perancis di laman sendiri sewaktu kelayakan sebelum menewaskan Itali dalam aksi playoff untuk menempah tiket ke pusingan akhir.

“Saya fikir kami membuktikan kemampuan pada kelayakan dan playoff. Kami menggunakan skuad yang sama dan saya fikir kami beraksi dengan baik jadi saya harap ada kekuatan mereka di situ,” kata Anderson mengenai pasukannya yang kurang memiliki pemain berstatus bintang.

Ibrahimovic, 36, yang kembali menemui kecergasannya selepas berpindah dari Manchester United ke kelab Major League Soccer Los Angeles Galaxy, dilihat ‘bermain-main’ dengan keputusannya untuk kembali ke kancah antarabangsa.

Bagaimanapun pengurus pasukan Lasse Richt, yang rapat dengan Ibrahimovic, berkata ia bukan satu kemungkinan yang serius.

“Ia lebih kepada menggambarkan spekulasi apabila dia ingin melakukan sesuatu yang berbeza namun dia tidak pernah bercakap kepada saya dan saya mempunyai hubungan rapat dengannya, bahawa dia mahu bermain di Piala Dunia,” kata Richt.

Ibrahimovic membuat beberapa perjanjian komersial berprofil tinggi sebelum Piala Dunia dan Richt berkata beliau tidak mengharapkan penggilan daripada penyerang itu yang mahukan tiket untuk perlawanan Kumpulan F menentang Korea Selatan, Jerman dan Mexico.

“Saya tidak fikir beliau perlukan bantuan saya untuk mendapatkan tiket jika dia datang nanti,” kata Richt

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN