Penyerang baharu LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic menjelaskan keputusan untuk kembali beraksi untuk Sweden di Piala Dunia 2018 pada musim panas ini berada di dalam tangan beliau sendiri.
Penyerang berusia 36 itu sebelum ini bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas tugasan bersama negaranya di kejohanan Euro 2016. Namun kini Ibrahimovic membuka kembali kemungkinan untuk menyertai Sweden di kejohanan Piala Dunia yang akan dianjurkan oleh Rusia.
Dan menurut pemain ini ketika bercakap kepada media LA Galaxy, Sweden sedang mendesak beliau untuk memperolehi jawapan.
Los Angeles, welcome to Zlatan. #zLAtan #LAGalaxy
A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on
“Maksud saya, Sweden memanggil saya setiap hari dan berkata,’Bagaimana anda pada hari ini? Apa yang anda mahukan? Apa yang telah anda fikirkan? Dan bagaimana situasi tersebut kini?’ Persoalan itu tiba dari mereka satu persatu,” kata Ibraahimovic yang melengkapkan perpindahan ke MLS pada Jumaat lalu.
“Jika saya rasa bagus, jika saya rasa saya mampu melakukan apa yang saya boleh lakukan, pintu itu sentiasa terbuka. Ia tiada kena mengena dengan pihak di sebelah sana. Ianya kini dari pihak sini. Mengenai saya.”
“Jika saya mahu, saya akan berada di Piala Dunia. Jika saya enggan, maka saya tidak akan berada di sana. Kita fikirkan satu persatu.”
“Hari ini saya dahagakan aksi bermain bola sepak. Saya perlu bermain, dan selepas saya mula bermain, kita akan lihat daripada situ,” jelas pemain itu penuh dengan kiasan.
Ibrahimovic kembali menyertai aksi kompetitif bersama Manchester United pada November lalu selepas pulih daripada kecederaan ACL yang dialaminya pada April tahun lalu.
Namun beliau kembali mengalami kecederaan pada 26 Disember yang lalu dalam perlawanan menentang Burnley dan terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan.
Namun demikian, Ibrahimovic mengesahkan dirinya sudah bersedia sepenuhnya untuk Galaxy dan fokus pemain itu kini ialah untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dengan kehidupan baharunya di bandarraya Los Angeles.
“He wants to be part of winning a championship with the LA Galaxy.”
Sigi Schmid on the #zLAtan signing ➡️ https://t.co/1dqcB9xP2r pic.twitter.com/nBYcTLnYXx
— LA Galaxy (@LAGalaxy) March 24, 2018
“Fokus utama sekarang ialah bersama Galaxy. Saya perlu menyesuaikan diri secepat mungkin, mengenali rakan sepasukan bahru, mengenali kelab ini secara lebih dekat, dan mengenali bandaraya ini.”
“Selepas saya selesa dengan semua itu, kita akan fikirkan langkah seterusnya.
Sepanjang karier Ibrahimovic di pentas antarabangsa, pemain ini telah membantu Sweden di dalam dua edisi Piala Dunia iaitu pada 2002 dan 2006. Sweden gagal melayakkan diri ke pusingan akhir pada edisi 2010 dan 2014.