Ibrahimovic: “Saya Mahu Menjuarai Premier League Bersama Manchester United”

Penyerang veteran Manchester United, Zlatan Ibrahimovic menzahirkan misi beliau yang jelas bersama pasukannya musim ini.

Misi jelasnya itu adalah ingin menjulang kejuaraan Premier League bersama-sama Manchester United.

Menamatkan segalanya

Kehadiran Ibrahimovic ke Manchester United memberikan impak positif kepada kelab itu yang mengalami tempoh sukar pasca era Sir Alex Ferguson.

Impak yang dibawa oleh bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah memberikan 2 kejuaraan utama buat kelab itu dengan menjulang EFL Cup, Europa League berserta menjulang FA Community Shield.

(Photo credit should read JONATHAN NACKSTRAND/AFP/Getty Images)

Memasuki musim kedua bersama kelab tersebut, beliau sedang dalam proses untuk pulih dari kecederaan yang dialami beliau musim lalu. Namun ianya tidak menghalang beliau untuk menamatkan segala yang beliau mulakan.

“Saya telah membantu kelab memenangi pelbagai kejuaraan musim lalu. Kini saya mahu bantu mereka tamatkan musim ini dengan hasil yang sama.”

“Semestinya gelaran Premier League merupakan sasaran utama kelab. Begitu juga dengan saya.”

Cabaran dan dugaan

Di usia 36 tahun, Ibrahimovic mengalami satu cabaran besar dalam kariernya – kembali dari kecederaan serius.

Sepanjang kariernya, beliau tidak pernah mengalami kecederaan seteruk yang beliau alami ketika menentang Anderlecht.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Kini, cabaran beliau adalah untuk kembali pulih dari kecederaan dan tampil cergas.

Cabaran yang dihadapi beliau nyata bukan mudah kerana selain kecederaan itu sendiri, beliau terpaksa berdepan dengan cakap-cakap orang di sekeliling beliau.

“Kecederaan yang saya hadapi ini merupakan kecederaan teruk yang pertama pernah saya hadapi.”

“Untuk menghadapi kecederaan seteruk ini pada usia 36 tahun, pasti akan ada suara yang katakan karier saya sudah berakhir dan saya sudah terlalu tua untuk bermain lagi.”

“Ia merupakan cabaran saya sekarang, untuk buktikan yang saya masih mampu cergas seperti biasa.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN