Zlatan Ibrahimovic mengalami kecederaan yang tidak begitu baik ketika perlawanan Europa League menentang Anderlacht.
Kecederaan beliau telah memberi kesan apabila beliau terpaksa melupakan baki saingan musim 2016/2017 termasuklah perlawanan akhir Europa League menentang Ajax Amsterdam.
Beliau sudah pun selesai menjalani pembedahan kecederaan yang dialami beliau dan para doktor yang merawat beliau nyata kagum dengan tahap kesihatan yang dimiliki pemain tersebut.
Baru-baru ini, pemain kelahiran Sweden itu telah pun menghasilkan satu video di laman Instagram beliau.
Video itu tak lain adalah menunjukkan keadaan semasa kecergasan pemain Manchester United itu!
Dan nyata sekali, Ibrahimovic berada dalam keadaan yang semakin pulih menerusi video yang ditunjukkan beliau.
Dalam video tersebut menyaksikan Ibrahimovic sedang menendang bola menggunakan kedua-dua kaki beliau dengan cukup selesa tanpa ada rasa sakit pun.
Ia juga disertakan dengan kapsyen, “Sentuhan itu tidak akan hilang. Sang Singa tak sembuh seperti seorang manusia.”
Singa yang dimaksudkan itu adalah dirinya yang sentiasa gagah menghadapi segala rintangan.
Kami nyata kagum dengan cepatnya Ibrahimovic sembuh dari kecederaan yang menimpa beliau. Semoga semakin sembuh!