‘Ibarat El Clasico’ – Pusingan Kalah Mati UCL Temukan Messi Dan Ronaldo

Pusingan kalah mati UEFA Champions League (UCL) melibatkan 16 pasukan terbaik akan menemukan jaguh Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dan wakil Premier League, Manchester United.

Ia sekaligus bermakna pemenang Ballon d’or dengan rekod tujuh kali, Lionel Messi bakal berhadapan dengan seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo.

Beberapa musim lalu, Messi dan Ronaldo dianggap sebagai seteru utama dunia bola sepak ketika masing-masing masih bersama Barcelona dan Real Madrid.

https://twitter.com/ChampionsLeague/status/1470356406113116163

Kedua-dua pemain sering menjadi tumpuan di dalam pertemuan ‘El Clasico’ – yang dianggap perseteruan terbesar di antara dua kelab di Sepanyol.

Perseteruan di antara kedua-dua pemain kemudian berakhir selepas Ronaldo memilih untuk berhijrah ke Juventus pada 2018, sebelum kembali menyertai Manchester United pada musim panas lalu.

Messi pula memilih untuk ke Ligue 1 bersama PSG selepas krisis kewangan di Barcelona memaksa pemain itu meninggalkan Nou Camp.

Perlawanan pusingan 16 terbaik UCL yang dijadualkan di antara 15 sehingga 26 Februari untuk perlawanan pusingan pertama, dan 8 sehingga 16 Mac untuk perlawanan timbal balik bakal menjadi pertemuan pertama membabitkan Messi dan Ronaldo bersama pasukan baru masing-masing.

Pada musim 2020/2021, kedua-dua pemain sempat menentang antara satu sama lain ketika Ronaldo masih lagi bersama Juventus. Perlawanan peringkat kumpulan tersebut menyaksikan Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membantu Juventus menang 3-0.

Bagaimanapun pada ketika itu, kedua-dua pasukan sudah pun melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Perlawanan pertama membabitkan kedua-dua pasukan pada musim tersebut dimenangi oleh Barcelona. Messi turut mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut, namun Ronaldo terlepas aksi disebabkan kecederaan.

Perlawanan-perlawanan lain yang menjadi tumpuan di pusingan kalah mati nanti selepas undian sebentar tadi menyaksikan Manchester City bakal berhadapan Villareal, Liverpool menentang RB Salzburg, dan Chelsea berhadapan dengan Lille.

Juara bertahan, Bayern Munich pula akan berhadapan Atletico Madrid manakala Real Madrid ditemukan dengan Benfica. Dua wakil Itali, Juventus diundi menentang Sporting Lisbon, manakala Inter Milan akan berhadapan dengan cabaran Ajax.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN