Bek tengah Bayern Munich, Mats Hummels berkongsi pandangan beliau tentang Jurgen Klopp dan Jupp Heynckess.
Hummels menjadi pemain penting Klopp ketika membantu Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga 2 musim berturut-turut pada 2010/11 dan 2011/12.
Hummels tidak terkejut dengan kualiti Liverpool pada musim ini dalam saingan UCL.
“Saya kenal betapa kuatnya pasukan Klopp di Liverpool. Saya tahu betapa bagusnya mereka apabila sudah sampai ke peringkat ini.”
“Pasukan beliau sentiasa beraksi baik berhadapan dengan pasukan terbaik. Itu sudah pasti. Saya tidak rasa ada pasukan yang tinggal dalam UCL kali ini mahu berhadapan Liverpool.”
“Mereka pasukan yang bekerja keras, bermain dengan intensiti dan agresif dengan kualiti pemain yang mereka ada, terutama sekali di barisan serangan.”
“Ketika di Dortmund, kami semua seperti keluarga. Jujurnya, memang ada kalanya kami tidak sehaluan pandangan dengan satu sama lain. Kami bertengkar dan meninggikan suara di bilik persalinan.”
“Hari berikutnya? Semua akan kembali normal. Saya kenal sangat dengan Klopp seperti mana beliau kenal saya.”
“Beliau seorang yang sentiasa mendengar apa yang anda luahkan. Beliau tak selalunya setuju dengan anda dan dia adalah orang yang akan menentukan kata akhir.”
“Namun dia akan tetap mempertimbangkan apa yang kita kata dengan berkata, ‘ok’, ‘kita akan fikirkan tentangnya lagi’.”
Bercerita tentang Jupp Heynckess, Hummels memberitahu pengendali itu lebih pendiam berbanding dengan Klopp. Beliau seorang yang sentiasa berfikir dan cuba memperbaiki masalah terutama sekali aspek permainan dalam padang.
“Heynckess cepat melihat jika ada perkara tak kena di dalam padang. Beliau akan berkongsi dan bercakap akan hal itu kemudian dan cuba memperbaikinya.”
“Itulah sebab kenapa dia sangat berjaya. Dia lebih pendiam daripada Klopp, namun saya jamin dia taklah pendiam sangat seperti yang anda lihat dari luar.”
“Cuma dia seorang yang bercakap dengan nada rendah tetapi ‘direct’. Bagi saya, tak kisahlah anda cakap dengan nada yang kuat ataupuan rendah yang penting adalah isi yang cuba anda sampaikan.”