Hukuman penggantungan Aaron Wan-Bissaka dilanjutkan dari satu perlawanan kepada dua perlawanan selepas beliau dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu BSC Young Boys sebelum ini.
Ketika aksi kekalahan 2-1 Manchester United di tangan Young Boys, pemain full-back itu dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan.
UEFA kini telah mengumumkan yang hukuman penggantungan Aaron Wan-Bissaka dalam saingan Champions League akan ditambah.
Manchester United defender Aaron Wan-Bissaka has had the ban for his red card against Young Boys in the Champions League extended to two matches by UEFA.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 29, 2021
Manchester United ketika itu mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 selepas Cristiano Ronaldo meledak gol pada minit ke-13 permainan.
Walau bagaimanapun, tempo perlawanan mula berubah selepas United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain kerana Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35 permainan.
Pasukan tuan rumah memanfaatkan kesempatan bermain dengan kelebihan seorang pemain, dan mereka dilihat berjaya mendominasi United pada aksi babak kedua permainan.
Young Boys berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-66 dan 95 menerusi Nicolas Ngamaleu dan Jordan Siebatcheu untuk mengesahkan kemenangan 2-1 menewaskan Red Devils.
Aaron Wan-Bissaka’s red card against Young Boys is deemed ‘rough play’ by UEFA.
AWB has officially been given a two match ban.
Therefore, he’ll miss Manchester United’s Champions League match against Atalanta as well as Villarreal.#MUFC #UCL #MUNVIL pic.twitter.com/eoiy8biTlh
— United View (@unitedviewtv) September 29, 2021
Kad merah yang diterima oleh Wan-Bissaka menjadikan beliau bakal digantung satu perlawanan dan tidak akan diturunkan ketika aksi bertemu Villarreal.
UEFA walau bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan baru, dengan mereka mengesahkan bahawa hukuman penggantungan Wan-Bissaka dilanjutkan lagi satu perlawanan.
Badan kawalan Etika dan Disiplin UEFA pada hari ini telah mengumumkan yang hukuman penggantungan Wan-Bissaka akan dilanjutkan satu perlawanan lagi selepas tamat aksi United bertemu Villarreal.
Beliau dikenakan hukuman tersebut kerana merasakan tindakan yang beliau lakukan ketika beraksi bertemu BSC Young Boys sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan parah kepada pemain lawan.
Aaron Wan-Bissaka will miss the Champions League home game against Atalanta as well as tonight's match against Villarreal following his red card against Young Boys. #MUFC pic.twitter.com/FShVn99WJU
— Football Talk (@FootballTalkHQ) September 29, 2021
Kenyataan dari UEFA itu telah disampaikan kepada Manchester United dan Aaron Wan-Bissaka sendiri, untuk memberitahu beliau bahawa hukuman penggantungannya telah dilanjutkan.
Hal ini secara tidak langsung mengesahkan yang Wan-Bissaka tidak akan diturunkan ketika aksi bertemu Atalanta di Old Trafford pada 20 Oktober nanti.
Keputusan dari UEFA jelas mengejutkan ramai peminat dengan mereka merasakan ia sangat tidak adil untuk pemain full-back Manchester United itu.
Para peminat bahkan menganggap UEFA mempunyai sikap pilih bulu yang sangat teruk kerana menghukum Bissaka, dan tidak melakukan hal yang sama ke atas Kevin De Bruyne.
Bintang Manchester City itu melakukan terjahan yang hampir sama seperti apa yang dilakukan oleh Wan-Bissaka ketika beraksi bertemu Paris Saint Germain awal pagi tadi.
'Where's the consistency?'
'What's the difference between De Bruyne's challenge and Wan-Bissaka's?' #MUFC #MCFC https://t.co/8X4uLsnmWZ
— Man United News (@ManUtdMEN) September 28, 2021
Namun berbanding dilayangkan kad merah seperti Bissaka, Kevin De Bruyne sebaliknya hanya diberikan kad kuning sahaja oleh pengadil perlawanan.
Walaupun VAR merujuk semula insiden tersebut, namun keputusan pengadil tetap sama sahaja dan hal itu telah mengundang kecaman dari para peminat.
Walau ada segelintir yang menegaskan bahawa De Bruyne mencari bola sebelum terkena kaki Gueye, namun pada akhirnya kaki beliau tetap menerjah kaki pemain PSG itu.
Hal yang sama juga berlaku pada Wan-Bissaka sebelum ini, dan keputusan untuk tidak melayangkan kad merah kepada De Bruyne menyebabkan peminat mempertikaikan konsistensi mutu pengadilan UEFA.
Aaron Wan-Bissaka vs Young Boys – red card
Kevin De Bruyne vs PSG – yellow card
Two similar challenges, which call was right? pic.twitter.com/97FebUemMy
— Matchday365 (@Matchday365) September 28, 2021
Diogo Dalot bakal menggantikan tempat Wan-Bissaka dalam kesebelasan utama United ketika aksi bertemu Villarreal dan Atalanta, dengan beliau turut telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh baik ketika beraksi bertemu West Ham sebelum ini.
Selepas mencatatkan tiga kekalahan dari empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, Ole Gunnar Solskjaer tentunya mempunyai rancangan tersendiri untuk membantu skuadnya kembali mendapatkan rentak kemenangan.