Hukuman Ke-4 Daripada MFL Buat Selangor Jadi Pertikaian Peminat, Kenapa?

Selangor secara rasminya kini telah pun menerima hukuman mereka melalui Liga Bolasepak Malaysia (MFL), atas tindakan mereka untuk menarik diri daripada saingan Sumbangsih musim 2024/2025.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh MFL, Ahli Lembaga Pengarah persatuan itu telah pun mengambil pertimbangan untuk meletakkan empat hukuman buat The Red Giants kerana tidak hadir pada aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hukuman tersebut ialah denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL, Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025, dan aksi seterusnya membabitkan Selangor bersama JDT selepas ini tanpa kehadiran penonton.

Sebelum ini, beberapa spekulasi sudah pun timbul di media sosial dengan membabitkan penyokong bola sepak di Malaysia mengenai denda bakal diterima Selangor oleh MFL.

Menerusi kenyataan dikeluarkan kini, pertikaian tetap wujud selepas beberapa hukuman diletakkan oleh MFL buat Selangor dianggap kurang relevan.

Pertikaian paling kerap dibunyikan pasti terarah kepada bentuk hukuman keempat apabila aksi seterusnya di laman sendiri buat Selangor bakal berlangsung tanpa kehadiran penyokong.

Ini kerana, ada pendapat menyatakan penyokong sepatutnya hukuman itu hanya membabitkan kelab sahaja dan tak perlu melibatkan mereka sekali untuk ke stadium.

“Denda duit, potong mata tu masuk akal.. tapi perlawanan dengan J tanpa penonton dah kenapa.. penyokong Selangor sebelum ni merusuh, bakar suar kat stadium ke sampai nak hukum perlawanan tanpa penonton ni. Agak agak la oiii.,” ulas Abe Min.

“No. 4 tu hukuman untuk penyokong ke mcm mana..?” persoal Mohd Ashadi Haji Safar mengenai hukuman tersebut.

“Dulu Perak kena perlawanan tanpa gendang penyokong, terbaharu tanpa penyokong terusss,” kata Syafiq Redzuan Arjunation.

“Aik point no 4 tu? Kenapa sampai game lain pun kena jugak? Denda sebab game sumbangsih tu je dah la,” luah Che Fauzan pula.

“kenapa penonton tak boleh datang stadium? apa kaitannya ni? penonton buat salah apa?” soal Muhammad Lim kurang berpuas hati mengenai hukuman tersebut.

Apapun, ianya jelas merupakan suatu kerugian buat MFL sendiri kerana aksi membabitkan kedua pasukan ini sudah tentu bakal menjadi tumpuam utama para penyokong untuk beramai-ramai hadir ke stadium sekali gus mencetuskan fenomena besar yang akan menguntungkan badan pengelola liga sendiri daripada segi kutipan tiket.

Namun, MFL pastinya mempunyai alasan kukuh untuk denda tersebut dan para penyokong terpaksa menerima walau perit menelan hakikat bentuk hukuman tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN