Hujah Mengapa Gol Terengganu Menentang LionsXII Dibatalkan

Sewaktu artikel ini ditulis, masih terdengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Terengganu menentang Lions XII telah diatur. Namun, insiden yang paling kontroversi dan penuh drama adalah apabila gol yang dijaringkan oleh Ahmad Nordin Alias pada minit-minit akhir perlawanan dibatalkan oleh penjaga garisan, Azman Ismail.

Lebih memburukkan keadaan , terdapat kejadian rusuhan dari penyokong tuan rumah yang bertindak membaling batu kearah bas penyokong dan pemain LionsXII, membakar van ambulana serta merosakkan kemudahan di stadium baru mereka. Ia bertambah parah apabila terdapat laporan surat khabar yang mengatakan bahawa gol yang dijaringkan itu onside serta terdapat beberapa pakar bola sepak yang turut menyokong hujah tersebut.

yuhanis

Kontroversi kes ini terus berlarutan sehinggakan MB Terengganu dilaporkan mengugut untuk menarik diri dari Liga Malaysia jika pembantu pengadil ternyta melakukan kesilapan mengenai gol tersebut. Namun, benarkah pengadil dan pembantunya telah melakukan kesilapan dalam keputusan tersebut?

Bagi peminat bola sepak yang menjadi followers kepada Twitter SemuanyaBOLA, awal-awal lagi kami sudah memberitahu dan menjelaskan kepada anda mengapa gol tersebut dikira offside. Hal ini kerana terdapatnya peraturan “1+1” yang dibentuk oleh FIFA.  Sekalung ucapan tahniah kepada followers Twitter SemuanyaBOLA yang bertindak meyebarkan info tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

semuanyabola twit

Apa yang lebih menarik, Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh yang turut dikenali sebagai pengadil terbaik Malaysia yang juga pernah beraksi di Piala Dunia turut membuka mulut untuk menjelaskan situasi gol offside tersebut. Di sini kami kongsikan.

Untuk pengetahuan kalian, artikel dibawah diambil terus dari wall Facebook Cikgu Subkhidin Mohd Salleh.

** Quote **

UNDANG-UNDANG 11 – Ofsaid

Insiden yang berlaku baru-baru ini telah menyegarkan kembali ingatan kepada situasi yang hampir serupa, yang tercipta dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010; South Africa vs Mexico. Sepakan penjuru diambil dan jaringan dilakukan.. tetapi dibatalkan disebabkan peraturan ofsaid.

Kenapa pengadil membatalkan jaringan gol yang CANTIK tersebut? Alasannya, MUDAH.. pemain tersebut telah ofsaid..
Keputusan pengadil dipersoal dan EMOSI memuncak kerana sifat perlawanan ini sendiri iaitu GOL menentukan segalanya..

Apakah pengadil tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan gol tersebut?

Untuk itu, kita perlu terlebih dahulu merujuk kepada maksud yang tersurat pada Undang-undang 11 – Ofsaid.

Kedudukan ofsaid (offside position) – bagaimana ia ditentukan?
Seorang pemain berada pada posisi ofsaid, jika;
– dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, dan akan menjadi;
Kesalahan (offence); Pemain akan dihukum; JIKA –
Pemain tersebut pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh rakannya, pada pendapat pengadil, pemain tersebut terlibat aktif dalam permainan seperti;
– mengganggu permainan (interfering with play)
– mengganggu pemain pihak lawan (interfering with an opponent)
– memperolehi keuntungan dengan berada dikedudukan ofsaid (gaining an advantage by being in that position)

Kedudukan dan tindakan pemain yang berkedudukan ofsaid adalah saling berkait sebelum pengadil akan memutuskan pemain yang berdudukan ofsaid tersebut perlu dihukum.

Merujuk kepada situasi yang berlaku dalam perlawanan baru-baru ini; maka bolehlah kita menafsirkannya seperti berikut:

Pemain penyerang berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan (nearer to his opponents’ goal line) bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan, atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent). Lengan iaitu sebahagian daripada tangan, tidak termasuk dalam tafsiran ini.

10861127_10152997735908198_7800919867106174657_o

Berbalik kepada situasi yang berlaku semasa Terengganu vs Lions XII:
Pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18), boleh dirujuk sebagai telah berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan berbanding kedudukan pemain lawan kedua terakhir dan juga bola.

Oleh itu, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) perlu dirujuk sebagai telah mengganggu permainan (interfering with play), bermaksud pemain tersebut telah memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukannya.

Dalam situasi ini, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) telah menanduk bola dan beliau perlu dihukum, iaitu sepakan percuma tidak terus perlu diberikan kepada pasukan lawannya.

11270542_10152997736418198_774494927936370486_o

Siapakah yang dirujuk sebagai pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent)?
Beliau, perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan (pemain pertahanan) yang sedang berada pada kedudukan kedua terakhir dari garisan gol. Pemain tersebut boleh jadi pemain berjersi BIRU yang memakai jersi no.10, no.6, no.3 atau mana-mana pemain pertahanan pada ketika itu dan boleh jadi juga PENJAGA GOL.

Pemain tersebut juga perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan yang sedang bertahan dan tidak boleh hanya dikhususkan kepada pemain kedua terakhir iaitu selepas penjaga gol seperti mana posisi kebiasaan yang biasa dilihat dalam mana-mana perlawanan.

Penjaga gol juga ada ketikanya bertindak sebagai penyerang, mengambil sepakan penalti dan boleh juga kelihatan pada masa-masa tertentu membuat lontaran kedalam, malah tidak mustahil untuk seseorang Penjaga Gol membuat sepakan permulaan (kick-off).

Situasi OFSAID seperti ini sangat jarang berlaku, sehinggakan ramai pengkritik dan pengulas SUKAN memuji keputusan pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 tersebut sebagai SANGAT MENAKJUBKAN.

Mereka menyifatkannya sebagai 1/1000 iaitu merujuk kepada keberangkalian untuk insiden seperti ini akan berulang lagi pada masa akan datang.

Hebatnya bolasepak, kejadian ini berlaku lagi dan kali ini berlaku di Malaysia, sehingga menarik minat semua pihak, dari yang sekecil-kecil peminat sehingga kepada mereka yang sangat BESAR pengaruhnya dalam SUKAN.

11263087_10152997752243198_2640153248736660940_o

Saudara AZMAN ISMAIL, anda adalah sebahagian daripada 1/1000. Setinggi TAHNIAH dari saya.

** Unquote **

Jadi, dengan pencerahan dari Cikgu Subkhiddin, diharapkan ia akan menjernihkan apa yang keruh. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Subkhiddin. Semoga selepas ini, baik pemain atau peminat bola sepak semakin berilmu dan lebih matang sebelum membuat keputusan membantah keputusan pengadil.

 

Sumber info dan gambar : FB Subkhiddin Mohd Salleh (https://www.facebook.com/subkhiddin.salleh/posts/10152997758308198)

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN