Quantcast

BERITA

Hugo Lloris: Tottenham Tak Perlukan Lebih Motivasi Untuk Berdepan Arsenal

Tottenham Hotspur yang kecewa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu selepas tunduk 0-1 ditangan Newcastle mahu menjadikan pertembungan derbi London Utara sebagai medan terbaik menebus kehampaan tersebut.

Skuad yang dibimbing Mauricio Pochettino itu bakal berkunjung ke Stadium Emirates malam ini untuk aksi menarik menentang Arsenal.

Bagi kapten Tottenham, Hugo Lloris, beliau melihat pertembungan hebat itu perlu dimenangi pasukannya dalam kembali merintis rentak kemenangan.

”Sudah tentu saya boleh memberitahu anda bahawa kami mahu kembali bangkit dan ini merupakan cara yang mudah kerana anda tidak perlukan motivasi yang lebih. Ia adalah semulajadi.”

”Terdapat lebih banyak harapan untuk melihat bagaimana pasukan ini memberikan tindak balas [selepas mengalami kekalahan].”

”Kami semua mahukan kemenangan dan kami akan pergi ke sana [Stadium Emirates] untuk memperagakan aksi terbaik yang kami boleh pamerkan.┬áPenting buat kami untuk memperoleh mata kerana selepas ini akan berehat untuk saingan skuad kebangsaan.”

Dalam pada itu, Lloris turut berkongsikan tentang kehangatan persaingan antara dua kelab Utara London tersebut.

”Perlawanan ini sentiasa menjadi aksi yang berintensiti tinggi dan begitu bersemangat. Kami tahu terdapat banyak jangkaan dan ini merupakan jenis permainan yang kami amat gemari untuk beraksi.”

”Ia sentiasa merupakan perlawanan yang penting dan kedua-dua pasukan mengejar cita-cita yang sama [raih kemenangan]. Ia menjadikan persaingan ini lebih sengit.”