Hugo Lloris berasakan kini sudah tiba masanya untuk beliau mewariskan skuad Perancis dan tugas menjaga gawang negara itu kepada pemain lain.
Lloris yang merupakan ketua pasukan Perancis ketika mereka menjulang Piala Dunia 2018 mengambil keputusan untuk bersara dari kancah bola sepak antarabangsa.
Menurut Lloris, beliau berasakan yang skuad Les Blues ini bukanlah hak mutlak kepada seseorang pemain dan tiba masanya untuk dirinya memberikan laluan kepada penjaga gol baharu.
“Ada satu masa yang kita sedar yang telah tiba masa untuk melepaskan. Saya tak nak jadikan ianya kepunyaan saya [pasukan Perancis].
“Sering saya katakan yang pasukan Perancis bukanlah milik siapa-siapa dan saya pastikan semua ini adalah benar,” kata Lloris.
Lloris turut mengatakan sudah ada penjaga gol yang sudah bersedia untuk menggantikannya iaitu Mike Maignan.
“Saya rasakan, yang pasukan ini sudah bersedia untuk sambung [tanpa dirinya], malah ada juga penjaga gol yang sudah bersedia [menggantikan saya – Mike Maignan].
Dalam masa yang sama, Maignan juga mengatakan yang faktor masa untuk berehat menjadi sebab kenapa dirinya mahu meninggalkan skuad Perancis.
“Saya rasakan yang saya perlu luangkan lebih banyak masa bersama-sama isteri dan juga anak-anak.
“Saya lebih gemarkan keluar ketika sedang berada di puncak berbanding ketika kudrat sudah tidak kuat atau terlalu banyak saingan,” ujar Lloris lagi.
Lloris menjulang kejuaraan Piala Dunia pada 2018 dan naib juara pada 2022, UEFA Nations League ketika 2021 serta tempat kedua EURO 2016.