Hubungan Tegang Laporta Dan Koeman, Krisis Di Barcelona?

Salah satu pekerjaan paling sukar di dunia pada hari ini adalah milik Ronald Koeman, iaitu sebagai ketua jurulatih Barcelona.

Jika 10 tahun lalu, jawatan tersebut adalah impian setiap pengurus. Kini ia sebaliknya. Skuad kendalian jurulatih dari Belanda itu kini tidak mendatangkan gentar kepada lawan sepertimana kebiasaan pada era Lionel Messi.

Sebagai bukti, kekalahan 3-0 kepada Bayern Munich di pertandingan UEFA Champions League pada pertengahan minggu lalu, diikuti keputusan seri 1-1 menentang kelab kerdil seperti Granada dianggap ibarat musibah.

Koeman persoal komitmen Laporta

Dalam satu sidang media semalam, Koeman mengejutkan ramai, termasuk presiden kelab, Juan Laporta apabila jurulatih dari Belanda itu membaca satu kenyataan pendek tanpa mengambil soalan dari wartawan yang hadir.

Initipatinya adalah luahan kekecewaan dari jurulatih tersebut mengenai situasi kelab, berikutan pelbagai khabar angin yang tersebar, dan maklumat yang dikatakan bocor mengenai kedudukan beliau di Nou Camp.

Koeman seperti semua sedia maklum adalah seorang jurulatih dengan reputasi dan personaliti. Khabar angin sedemikian tidak membuatkan beliau berdiam diri.

Di sidang media tersebbut intipati mesej dari bekas pengendali skuad kebangsaan Belanda itu amat jelas. Bahawasanya beliau bersedia menyahut cabaran untuk membina kembali Barcelona walaupun kelab itu berada di dalam kedudukan kewangan paling teruk dalam sejarah penubuhan.

Namun demikian pada masa yang sama, beliau menuntut agar pihak pengurusan tertinggi terutama presiden kelab, Joan Laporta memberikan kepercayaan penuh dan lebih banyak masa untuk beliau berbuat demikian.

Selepas timbul spekulasi Laporta mahu memecat dirinya, ia adalah usaha terakhir Koeman untuk mempertahankan dirinya.

“Di pertandingan Champions League, tiada keajaiban boleh berlaku. Kekalahan kepada Bayern Munich perlu dilihat dengan lebih jelas puncanya,” ujar Koeman.

“Pasukan ini perlukan sokongan, bukan sahaja melalui kata-kata tetapi juga melalui tindakan.”

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1440663439488139264

Koeman juga percaya ketiadaan Lionel Messi menyebabkan semakin banyak masalah di dalam kelab tersebut.

Laporta dan Koeman dilaporkan akan mengadakan perjumpaan pada Khamis ini apabila Barcelona berhadapan dengan Cadiz di Estadio Ramon de Carranza.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari kelab akan dikeluarkan selepas itu, pihak kelab dilaporkan komited untuk menamatkan ketegangan yang wujud di Nou Camp ini.

Cruyff vs Nunez

Ini bukan kali pertama perang dingin di antara jurulatih dan presiden kelab berlaku di Barcelona.

Antara yang paling hangat pernah terjadi ialah perang dingin di antara Johan Cryuff dan Jose Luis Nunez pada 1990an – hubungan yang pada mulanya akrab kemudian menjadi buruk sehingga tidak dapat dipulihkan.

Pada ketika itu pelbagai kenyataan dikeluarkan. Begitu juga tuduhan dan perkara berkaitan kepercayaan di antara dua individu tersebut dilaporkan media sehingga perang dingin tersebut dianggap ibarat kisah legenda di Barcelona.

Begitu juga kisahnya hubungan Pep Guardiola dan Sandro Rosell, dan Ernesto Valverde dan Josep Maria Bartomeu sehingga memasuki episod saman menyaman. Cuma keadaan untuk dua kes ini tidaklah diperbesarkan kepada umum sehingga kelihatan sangat serius.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN