Ibu kepada Lionel Messi dikatakan cuba untuk mencuri tumpuan dan perhatian ramai daripada menantunya apabila memperagakan pakaian yang hampir sama dalam majlis perkahwinan anak lelaki dan pasangannya itu.
Bintang Barcelona dan kapten Argentina itu menikahi wanita pilihan juga rakan dari zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo dalam satu majlis gilang gemilang di Rosario, Argentina pada Jumaat yang lalu.
Rosario adalah bandar kelahiran kedua-dua mempelai lelaki dan perempuan dan majlis itu turut dihadiri oleh ramai bintang bola sepak dari seluruh dunia
Bagaimanapun persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut turut diselubungi oleh khabar angin mengenai hubungan rengang di antara ibu kepada Lionel Messi, Celia Cuccittinni dan juga keluarga Antonella.
Media di Argentina melaporkan bahawa Messi telah menempah keseluruhan tingkat di hotel penginapan di Rosario untuk keluarganya, manakala keluarga Antonella ditempatkan di tingkat yang berasingan.
Ini adalah disebabkan hubungan dingin di antara kedua-dua keluarga pasangan tersebut yang dilaporkan tidak bertegur dan bercakap sesama mereka.
Di sebalik segala khabar angin yang tersebar mengenai hubungan rengang kedua-dua buah keluarga pasangan, tindakan ibu kepada Messi, Celia dengan suaminya berpakaian gaun putih dengan lace perak mencetuskan kejutan kepada hadirin.
Menurut adat resam di Argentina, hanya pengantin perempuan sahaja dibenarkan berpakaian putih ketika majlis perkahwinan diadakan.
Manakala hadirin dan ahli keluarga dilarang memakai gaun berwarna putih ketika menghadiri majlis tersebut.
Bagi kebanyakkan rakyat di Argentina, memakai pakaian yang sama warna denngan pengantin perempuan bermakna ia adalah cubaan untuk mencabar wanita yang berkahwin dalam majlis tersebut.
Menurut laporan dalam media sebelum ini, Celia Cuccittinni tidak pernah bersetuju akan perkahwinan di antara anaknya, Lionel Messi dengan Antonella Roccuzzo.
Seorang wartawan di dalam bidang fesyen di Argentina, Miranda Dress turut memberikan komen beliau atas isu ini.
“Salah satu aturan penting yang perlu diikuti oleh jemputan dalam satu majlis perkahwinan di Argentina ialah supaya tidak memakai pakaian dan gaun berwarna putih, kelabu atau apa jenis warna yang boleh mengelirukan hadirin untuk membezakan pengantin dan jemputan.”
“Jelas sekali Celia Cuccittinni tidak mengendahkan aturan ini dengan mengenakan pakaian putih rekaan Claudi Cosano. Ia adalah pakaian yang cantik, tetapi tidak sesuai dipakai oleh ibu kepada pengantin lelaki,” jelas Miranda.
Tidak dapat dipastikan jika tindakan Celia Cuccittinni ini adalah satu kebetulan atau adakah ia satu isyarat daripada seorang ibu yang tidak merestui perkahwinan anaknya.
Baru sahaja memasuki alam perkahwinan, Lionel Messi pasti sudah mulai pening akan isu terbaru dalam keluarganya ini.
Selamat menjalani hidup berumahtangga Lionel Messi!
Sumber:
1. SIMON HOLMES and MATT ROPER, Daily Mail (2017): Mrs Messis at war: Lionel’s MOTHER is accused of trying to upstage football star’s childhood sweetheart bride when she arrives at their wedding wearing an identical white dress;
http://www.dailymail.co.uk/news/article-4657400/Lionel-Messi-s-mother-accused-trying-upstage-bride.html
2. Andrew Richardson, The Sun (2017): FROCKING UNBELIEVABLE Lionel Messi’s mum causes controversy by turning up to her son’s wedding in white dress as Barcelona star married Antonella Roccuzzo;
https://www.thesun.co.uk/sport/football/3927510/lionel-messi-antonella-roccuzzo-barcelona-mum-white-dress/