Keakraban pengerusi Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha bersama pemainnya ketika pasukan itu menjulang Piala FA selepas menewaskan Chelsea 1-0 dalam perlawanan akhir tempoh hari telah menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.
Ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Khun Top itu dilihat begitu disayangi oleh pemainnya dan beliau diibaratkan seperti seorang ‘bapa’ yang meraikan kejayaan ‘anak-anaknya’ di atas padang.
Sejak mendiang ayahnya Vichai Srivaddhanaprabha mengambil alih pemilikan Leicester Citu pada 2010, keluarga tersebut telah mencipta keajaiban luar biasa yang mana The Foxes sudah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sekarang Piala FA.
Pemilik Pasukan Di Malaysia Harus Belajar Daripada Pemilik Leicester City https://t.co/FdVMwI7Iye
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 16, 2021
Melihat kejayaan kelab England itu, seorang penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi Facebook Penyokong Setia Johor menyifatkan bahawa keadaan itu juga dapat dilihat pada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Menurutnya kejayaan yang diraih oleh JDT selama ini sememangnya berlandaskan hubungan baik TMJ selaku pemilik pasukan bersama pemain dan juga para penyokong setia pasukan itu.
“Melihat kepada sayangnya pemain dan penyokong kepada pemilik Leicester City mengingatkan kita kepada bagaimana hubungan baik di antara TMJ dan pemain JDT yang tidak boleh dipertikaikan,” ujarnya.
“Lebih menarik, DYAM TMJ dan pemilik Leicester City adalah sahabat baik yang sering bermain Polo bersama-sama dan sebagai tanda persahabatan, Leicester City pernah mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejuaraan liga tiga tahun di papan LED Stadium King Power.”
Beliau mengambil contoh ketika TMJ menjadi orang pertama yang menghubungi Gonzalo Cabrera ketika penyerang import dari Argentina itu mengalami kecederaan serius sewaktu aksi bertemu Kedah, selain membantu keluarga Syafiq Ahmad ketika ditimpa musibah.
“Latar belakang ketenteraan yang ada dalam diri DYAM TMJ jelas terlihat dengan mengamalkan konsep ‘no man left behind’, Baginda sentiasa ada dibelakang para pemain dan pegawai pasukan dan hasilnya kesemua mereka berjuang mati-matian di atas padang bagi membalas budi perkenan yang telah diberikan.
“Bukan sahaja dengan pemain yang sememangnya dianggap sebagai aset oleh DYAM TMJ, Baginda juga bersikap mesra bersama-sama dengan penyokong setia JDT. Baginda sahaja pemilik pasukan yang berani berhadapan dengan penyokong dan menjelaskan apa yang berlaku di dalam kelab.”
Baru-baru ini, bagi menerapkan pengurusan profesional dalam pasukan, TMJ juga bertindak mengalu-alukan wakil penyokong JDT untuk duduk semeja ketika mesyuarat pengurusan agar pihak kelab mengambil maklum segala pandangan dan pendapat penyokong.
Ia jelas membuktikan bahawa baginda benar-benar berjiwa rakyat dan tidak kekok untuk turun ke padang dan berkongsi detik kegembiraan bersama-sama penyokong dengan berswafoto dan bersalaman.
Wei kau tahu ke tak wujudnya Sesi Temubual Santai TMJ Bersama Penyokong JDT? Aku siap bagi kau gambar. Kalau kau ada benda kenapa tak join je terus. Kau duduk rumah layan thosai masa tu? Apa derrrrr pic.twitter.com/Iywt3pLYfO
— Anak Sabah (@AnakSabah17) February 21, 2021
“Tiada pengiring, tiada protokol kerana seperti titah Baginda, ‘TMJ milik anda semua penyokong JDT’. Keharmonian inilah yang menjadi antara tunjang kejayaan JDT. Perkara ini mungkin dilihat biasa tetapi percayalah ianya adalah kunci kepada semuanya.
“Pemilik gembira, pemain gembira, penyokong gembira dan hasilnya semuanya gembira melihat kejayaan demi kejayaan pulang ke negeri Johor.
“Ayuh pelihara keharmonian ini dan tunjukkan kepada dunia bahawa JDT adalah sebuah kelab yang harmoni bermula dari pemilik hingga ke penyokong. Luaskan Kuasamu Johor.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan JDT:
Hariss Harun Tinggalkan JDT, Hijrah Ke Lawan Kedah Di Piala AFC 2021