Hospital Pakar Avisena Dipilih Sebagai Rakan Perubatan Strategik FA Selangor

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam telah mengumumkan jalinan kerjasama bersama Hospital Pakar Avisena sebagai rakan perubatan strategik FAS atau ‘Preferred Healthcare Partner’ untuk kesemua pemain, pegawai dan staf badan induk negeri tersebut.

Ia bermakna para pemain mereka kini boleh mendapatkan rawatan pemulihan berprestasi tinggi akibat kecederaan yang dialami ketika perlawanan bola sepak di Hospital Pakar Avisena.

Detik bersejarah ini disaksikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor merangkap Presiden FAS manakala Hospital Avisena diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka, Y.Bhg. Dato Dr. Omar Abdul Hamid disamping pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

Datuk Dr Omar Abd Hamid mengalu-alukan kerjasama dengan FAS kerana mereka turut mempunyai pasukan fisioterapi dan doktor yang mahir dalam pengurusan pemulihan dan rawatan kecederaan sukan.

“Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai ‘Rakan Penjagaan Kesihatan Pilihan’ dan menjadi sebahagian daripada usaha FAS dalam melonjakkan nama pasukan bola sepak Selangor di Malaysia dan di rantau ini,” katanya.

Malah, pihak Avisena juga akan menaja dan membiayai sebahagian dari kos rawatan dan perubatan untuk kesemua staf Persatuan Bolasepak Selangor.

Ketika ini, pemain import Selangor Rofino Segovia sedang menjalani rawatan di hospital itu akibat kecederaan tendon Achilles sejak Mac lepas.

FOTO: FAS

Selain pemain, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga membolehkan kakitangan FAS menikmati perkhidmatan penjagaan primer dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Avisena.

FAS turut berterima kasih kepada pihak Avisena diatas kerjasama strategik ini dan berharap ia akan terus menyemarakkan semangat pemain Red Giants untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Selepas ini, jenama Avisena akan dipaparkan pada kesemua platform komunikasi digital dan pengiklanan di Stadium Shah Alam untuk perlawanan membabitkan pasukan Selangor. Avisena juga bersetuju untuk memberikan promosi istimewa dari semasa ke semasa untuk pemegang kad ahli Red Giants.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN