Hos Mohon Maaf Kerana Meminta Pemenang Ballon d’Or Wanita Untuk ‘Twerk’ Atas Pentas

Hos malam gala Ballon d’Or 2018 – DJ Martin Solveig dikecam seluruh dunia kerana pertanyaannya kepada pemenang pertama Ballon d’Or Wanita Ada Hegerberg.

Dalam acara itu, Martin Solveig bertanya sama ada Ada Hegerberg mahu ‘twerk’ secara langsung selepas menerima Ballon d’Or?Air muka Ada Hegerberg jelas menunjukkan beliau terkesan dengan pertanyaan itu termasuk Kylian Mbappe yang dilihat terkejut. Ada menjawab: “Tidak!”

https://twitter.com/FutbolLouiss/status/1069696086477025280

Ianya dianggap peristiwa paling teruk berlaku dalam acara gemilang itu ketika media memfokuskan kepada pemenang pertama Ballon d’Or yang menamatkan duopoli oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Hegerberg dianggap pemain wanita yang serba lengkap. Beliau membantu Lyon menjuarai liga Perancis dan UCL. Sebagai tambahan, liga wanita Perancis adalah impian setiap pemain wanita kerana prestijnya.

Ada Hegerberg menewaskan Pernille Harder dalam persaingan menjadi pemenang Ballon d’Or Wanita yang pertama. Namun malam Ada Hegerberg dirosakkan oleh DJ Martin Solveig.

Ada Hegerberg bukan sahaja pemain bola sepak yang handal, namun beliau juga seorang aktivis. Beliau banyak memperjuangkan hak pemain wanita di Norway dan di seluruh dunia.

(FromL) 2018 FIFA Ballon d’Or awarded for best player of the year, Men’s Ballon d’Or Real Madrid’s Croatian midfielder Luka Modric, Women’s Ballon d’Or Olympique Lyonnais’ Norwegian forward Ada Hegerberg and Under-21 Ballon d’Or (Kopa trophy) Paris Saint-Germain’s French forward Kylian Mbappe pose at the end of the 2018 FIFA Ballon d’Or award ceremony at the Grand Palais in Paris on December 3, 2018. – The winner of the 2018 Ballon d’Or will be revealed at a glittering ceremony in Paris on December 3 evening, with Croatia’s Luka Modric and a host of French World Cup winners all hoping to finally end the 10-year duopoly of Cristiano Ronaldo and Lionel Messi. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Tindakan hos Solveig itu mengundang kemarahan dan kecaman seluruh dunia termasuk personaliti terkemukan seperti Andy Murray. Murray berkata: “Satu lagi contoh mengarut sexism dalam sukan. Apa soalan yang mereka ajukan kepada Mbappé and Modric?”

“Ianya tiada kaitan langsung dengan bola sepak. Dan kepada semua orang yang berkata saya terlalu bereaksi ke atas jenaka, itu bukan lawak. Saya sudah terlibat dalam sukan sepanjang hayat saya dan tahap sexism dalam sukan adalah luar biasa.”

Solveig kemudian menyatakan permohonan maafnya di atas ketelanjurannya. Solveig berkata: “Saya sudah jelaskan kepada Ada, dan beliau memahami bahawa ia hanyalah satu lawak. Namun begitu, saya meminta maaf kepada semua orang yang terkesan dengannya. Paling penting, tahniah kepada Ada.”

Solveig kemudian menyatakan ramai pihak salah faham dengan kenyataannya dan mengambil kesempatan di atas kelemahannya ketika berbahasa Inggeris. Namun di ruangan komen, ramai netizen menganggap Solveig cuba memutar belitkan kenyataan.

Ramai juga memuji kemampuan Ada untuk tidak terlalu emosi dan cuba mengawal kemarahannya. Ada mengakui Solveig ada datang meminta maaf selepas insiden itu. Ada Hegerberg agak sedih dengan apa yang berlaku namun enggan menganggap tindakan Solveig itu gangguan sesksual ke atasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN