Honess Serang Ozil Lagi, Tertawakan Unai Emery Calonkan Pemain Itu Sebagai Kapten Arsenal

Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness melancarkan serangan terbaru kepada Mesut Ozil.

Sebelum ini beliau menghentam Ozil selepas pemain itu mengumumkan persaraan kerana diserang secara perkauman. Hoeness menyatakan Ozil sudah bermain seperti sh*t beberapa tahun kebelakangan ini.

Lantas menurut beliau lagi, pasukan Jerman tak terkesan pun dengan persaraan Ozil.

Ozil menjadi kecaman teruk daripada media termasuk dari Hoeness. Gara-gara Jerman tersingkir awal daripada Piala Dunia 2018.

Terbaru, Hoeness datang dengan serangan ke atas Ozil sekali lagi dengan menyatakan gahnya nama pemain itu tidak sesekali mewakili bakat bola sepak ada pada Ozil ataupun overrated.

Tetapi nama Mesut Ozil gah kerana, lebih kepada persepsi orang ke atas sebuah jenama. Hoeness berkata:

“Saya sudah menyaksikan beliau lama dan saya berpendapat dia adalah produk pemasaran yang dipasarkan dengan sangat baik.”

“Di mana imej yang dijaja lebih baik daripada yang menggambarkan dirinya yang sebenar.”

“Itulah masalah utama pada pandangan saya.”

Ditanya apa komen beliau tentang Ozil yang merupakan pemain yang menjadi pilihan utama Joachim Low. Ini jawapan Uli Hoeness.

“Jika Jurulatih Jerman, Joachim Low pergi ke Arsenal lebih kerap untuk memantau beliau dengan teliti, saya percaya dia tak akan panggil Mesut Ozil atas alasan kesukanan.”

Hoeness juga memperlekehkan kenyataan Unai Emery sebelum ini yang menyatakan ada 5 calon untuk kapten Arsenal di bawah era baharu.

Ozil salah seorang daripadanya. Hoeness menganggap ia perkara kelakar.

“Satu keajaiban apabila sekarang dia (boleh) menjadi kapten di Arsenal.”

Walaupun Hoeness menganggap Ozil sebagai lebih kepada produk pemasaran berbanding dengan bakat bola sepak, pemain itu sudah memenangi 5 Anugerah Pemain Terbaik Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN